Posts

Showing posts from April, 2012

Hidayah Allah (3) – Tanyalah Ustaz 29.04.2012

Image
Ustaz Rujhan Mohamed Razali Bacaan surah Al-Fatihah, ayat 1-7 yang bermaksud: ‪[1]  
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
 [2] 
 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
 [3] 
 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 [4] 
 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
 [5] 
 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
 [6] 
 Tunjukilah kami jalan yang lurus.
 [7]  
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.‬ Sayyidina Abu Bakar pernah solat begitu lama di padang pasir sehinggakan burung hinggap di belakangnya, kerana menyangkakan beliau adalah tunggul. Kita pula solat begitu 'ekspres' sehinggakan nyamuk pun tak sempat hinggap. Hidayah letaknya di dalam hati (jiwa). Mari renung ap

Reset Minda Majikan – Islam Itu Indah 18.04.2012

Image
Prof. Dr. Muhaya Muhammad Ramai antara kita bekerja di pejabat dan mempunyai pembantu di rumah, jadi kita majikan di rumah. Ada juga yang mempunyai pangkat di pejabat, jadi mempunyai orang bawahan dan perlu bertindak sebagai majikan juga sebenarnya. Ataupun kita memang seorang majikan yang mempunyai perniagaan dan pekerja sendiri. Jika sebagai pekerja, kita biasanya ada banyak rungutan tentang majikan. Tapi jika seorang majikan, pernah tak kita terfikir rungutan orang bawahan kita. Jika kita seorang majikan yang garang, Allah pun akan izinkan orang atasan kita garang dengan kita. Berapa ramai antara kita ucapkan terima kasih kepada pembantu rumah, kerana dengan ada pembantu rumah kita selamat, makan-minum kita terjaga. Ada tak kita puji dan doakan kebaikan untuk pembantu rumah kita? Sebenarnya orang yang paling bahagia adalah orang yang paling banyak beri manfaat pada orang lain. Sekiranya kita rasa tak bahagia, sebenarnya kita tak banyak memberi manfaat pada orang lain dan

Kebaikan Dalam Kehidupan - Islam Itu Indah 12.10.2011

Image
Prof. Dr. Muhaya Muhammad Kita ini seperti pelajar yang sedang mengejar ijazah, tetapi suatu hari nanti akan menjadi jenazah. Cuba bayangkan bentuk & rupa jenazah kita? Senyum ke? Masam ke? Tercekik ke? Kemuncak hidup kita sebenarnya ialah bagaimana ianya berakhir. Alangkah sia-sianya andai hidup kita tidak berakhir dengan kebaikan. Kalau boleh kita cuba buat orang rasa lebih seronok selepas berjumpa kita. Jangan selepas orang jumpa kita, orang rasa tertekan, rendah diri, rasa teruk. Sebab tu perlu kesian pada orang, kita jumpa orang cuma 5 minit, tapi mungkin 5 minit itu menyebabkan orang itu resah, tak tidur malam. Terutamanya jika profesyen kita selalu jumpa orang seperti guru, doktor, dsb. Kita kena kawal fikiran kita, apa yang kita tonton, apa yang kita dengar mempengaruhi fikiran. Kita kena berniat untuk selalu buat baik, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan dan diberi hidayah. Jika kita lihat jenazah yang diberi ujian, jangan pula mencela. Kita jangan

Indahnya Perubatan Islam (1) - Tanyalah Ustaz 16.12.2011

Image
Ustaz Sharhan Shafie Al-Quran diturunkan sebagai penyembuh dan rahmat bagi manusia. Ada 6 kali perkataan Syifa' disebut di dalam Al-Quran. Bagaimana Al-Quran boleh digunakan sebagai penawar penyakit? Jumhur ulama bersetuju yang Al-Quran adalah ubat bagi roh dan jasad sekaligus. Abu Said Al-Qudri pernah mengubati orang yang disengat kala jengking dengan bacaan Al-Fatihah sahaja dan Nabi pernah berkata yang surah Fatihah adalah ibu bagi jampi perubatan Islam. Fatihah adalah ayat 'flexible' yang boleh diguna pakai untuk semua penyakit.  Jangan putus asa pada Allah – Allah uji kita membuatkan kita mengingatinya dan memohon bantuannya. Kita adalah sebaik-baik umat – kerana diutuskan Rasul SAW dan Al-Quran. Allah yang mencipta kita, dan diberikan bekalan wahyu. Beramallah dengan Al-Quran untuk kebaikan dunia akhirat. Senarai soalan & jawapan: S: Duit dalam rumah hilang walau disembunyi di tempat yang sukar ditemui. Mohon beri penawar. Mohon juga penawar

Indahnya Perubatan Islam (2) - Tanyalah Ustaz 17.12.2011

Image
Oleh Ustaz Sharhan Safie Bacaan ayat surah Al-Baqarah ayat 72-74. [72 ] Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. [73 ] Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu” (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya. [74 ] Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. Ayat ini jika dibaca secara te

Hidayah Allah (2) – Tanyalah Ustaz 28.04.2012

Image
Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali Bacaan surah Al-Kahfi, ayat 13 yang bermaksud: “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” Dalam solat kita mohon “Tunjukanlah daku jalan yang lurus”. Sekiranya apa yang kita sebut di bibir selari dengan apa yang terlintas di hati, hidayah pasti akan sampai kepada kita. Dengan hidayah ‘intibahah’ (mengejut), kita akan tersedar dan kembali ‘u-turn’ ke jalan yang benar. Manusia ini tidur sebenarnya, sehinggalah kita mati baru kita akan tersedar. Dengan hidayah intibahah yang diterima, kita perlu berikhtiar untuk bermujahadah agar hidayah dapat dikekalkan. Lawan hidayah ialah kesesatan. Para ulama amat takut dengan kesesatan sehingga mengalirkan air mata. Ada orang telah diberi hidayah, namun hidayah itu ditarik balik pada penghujung umurnya. Inilah yang kita amat takuti. Sebab itu kita digala