Posts

Showing posts from May, 2012

Remaja Berilmu & Beramal (2) – Tanyalah Ustaz 31.05.2012

Image
Ustaz Zamri Zainuldin Bacaan surah Al-Kahfi ayat 13-14 yang bermaksud: [13] Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. [14] Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." Ayat yang dibacakan tadi merupakan pengiktirafan Allah terhadap Ashabul-Kahfi, iaitu 7 orang anak muda. Mereka ini orang muda, remaja yang mengatakan bahawa Allah itu benar dan mereka dikejar, lalu mereka bersembunyi bersama anjing-anjing mereka di dalam sebuah gua. Allah menidurkan mereka selama 309 mengikut satu riwayat, seb

Remaja Berilmu & Beramal (1)- Tanyalah Ustaz 30.05.2012

Image
Ustaz Zamri Zainuldin Bacaan surah Al-Alaq, ayat 1-5 yang bermaksud, [1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), [2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; [3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, [4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, [5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Amatlah penting untuk mencari ilmu sebelum beramal. Tanpa ilmu, ada kemungkinan amalan yang dilakukan itu salah dan ditolak. Dalam satu hadis Nabi SAW ada disebut bahawa "Sesiapa yang melalui jalan-jalan ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga." Jadi dengan ilmu, manusia akan dapat 'short cut ' ke syurga. Kenapa 'short cut'? Kerana ilmu akan memandu kita membuat pilihan yang betul dalam kehidupan. Kita membuat pilihanraya setiap detik dalam kehidupan, bukanlah 5 tahun sekali. Setiap detik kita perlu buat pilihan baik atau jahat, pahala atau dosa. Semoga dengan ilmu, kita mendapat ke

Kejadian Nabi Adam a.s (2) - Tanyalah Ustaz 29.05.2012

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Nabi Adam diciptakan di dalam syurga, dalam keadaan yang penuh kenikmatan tanpa apa-apa suruhan atau larangan. Namun Allah melarang Nabi Adam memakan buah khuldi untuk mengujinya. Proses penciptaan manusia semuanya sama seperti kejadian Nabi Adam a.s, kecuali beberapa kejadian ‘nadir’. Nadir berlaku apabila contohnya jari ada 6, atau 4 dan sangat jarang berlaku. Kebijaksanaan Allah bukan terletak pada harta yang banyak, tapi pada kebolehannya mencipta kejadian manusia dan seluruh isi alam. Sebagai contoh, perhatikan buah rambutan sahaja ada banyak jenis, bentuk, warna dan rasa yang berbeza. Begitu juga durian, orkid dan banyak lagi contoh lain. Senarai soalan dan jawapan: S: Adam dijadikan daripada tanah, jin daripada cahaya, iblis daripada api. Bagaimana pula dengan haiwan? J: Wallahu’alam. Saya tidak ada berjumpa nas yang menyebut tentang pencipataan haiwan daripada apa. Tetapi dalam surah Yaasin, ayat 82 yang bermaksud. “Sesungguhnya ke

Mengapa Jahil (3) – Tanyalah Ustaz 27.05.2012

Image
Ustaz Roslan Mohamed Alhamdulillah kita telah mulakan pagi hari ini dengan merintih pada Allah ketika menunaikan solat Subuh tadi. Antara doa yang kita pohon dalam solat Subuh tadi “Allahhummah dina fiman hadait” yang maksudnya “Ya Allah berikanlah kami hidayah”. Jadi di pagi-pagi hari kita sudah memohon agar Allah jauhkan kita daripada kejahilan. Kita Imam Al-Shihab berkata “Beruntunglah orang-orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajari.” Ilmu akan menjauhkan kita daripada kejahilan, atau menjadi orang yang ego, keras hatinya. Ada beberapa bentuk kejahilan manusia. Pertama: Manusia jahil yang dia dijadikan daripada sesuatu yang hina (air mani). Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Haj, ayat 5 yang bermaksud: ‪[5]
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air

Kehidupan di Syurga (1)– Tanyalah Ustaz 23.05.2012

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 25 yang bermaksud: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” Syurga merupakan tempat menerima nikmat selama-lamanya. Tiada kesakitan atau kesusahan dalam syurga, sepertimana yang disebut dalam ayat 21, surah At-Taubah yang bermaksud: “Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.” Dalam satu had

Reset Minda Wanita – Islam Itu Indah 09.05.2012

Image
Prof. Dr. Muhaya Muhamad Mukaddimah: Hari ini saya bincangkan spesifik untuk wanita kerana saya teringat kisah Nabi Adam yang berasa sunyi ketika di syurga lalu diciptakan Hawa untuknya. Jadi wanita ini sangat penting sebenarnya, tetapi bukanlah saya mengatakan yang kaum lelaki tidak penting. Daripada kaum wanitalah lahir golongan ibu. Namun tak semua wanita Allah izinkan jadi ibu. Wanita, ketika dia mengandung, segala yang dimakan, difikirkan, dirasakan, semuanya akan mempengaruhi janin. Setelah melahirkan, ibu menyusukan. Jadi segala emosi, perasaan dan makanan ibu akan mempengaruhi susu yang dikeluarkan yang digunakan untuk tumbesaran otak dan fizikal anak. Wanita juga menentukan ‘mood’ di rumah. Berapa ramai wanita yang jika dia ‘bad mood’ di rumah, habis satu rumah pun ‘bad mood’ kerananya? Suami biasanya akan mengikut ‘mood’ isteri. Wanitalah yang menentukan menu keluarga. Jadi jika wanita itu berilmu, dia akan memilih makanan yang baik dan sihat. Begitu juga makanan

Berfikiran Positif (2) - Tanyalah Ustaz 22.05.2012

Image
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Al-Hujarat, ayat 12 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Hari ini kita akan fokus kepada berfikiran positif kepada makhluk. Daripada ayat yang dibacakan tadi, Allah pesan agar kita tidak bersangka buruk pada makhluk Allah dan juga sesama manusia. Apabila ada sangkaan buruk, kita akan saling membenci, berdendam, mencari aib dan berbuat kejah

Panduan Umum Umrah

Image
Panduan umum ziarah Mekah & Madinah – Alumni Umrah Tarbawi 1/2012 Nota: Maklumat ini sekadar perkongsian umum yang dikumpul daripada pengalaman alumni yang sangat terbatas. Sebarang kemusykilan & bimbingan lanjut, sila rujuk ustaz pengiring. Barang-barang yang penting dibawa bersama: 1 Adaptor 2 Bantal leher (Air neck pillow) – Penting untuk menambah keselesaan kerana waktu penerbangan dan perjalanan menaiki bas yang panjang. 3 Tali, sepit kain, penyangkut baju 4 Stokin kaki dan stokin tangan 5 Botol ‘spray’ kecil – untuk ambil wudhuk 6 Vaselin atau krim pelembab untuk badan 7 Pelembap bibir, strepsils Panduan umum: 1.       Periksa waktu solat yang perlu dilakukan semasa dalam penerbangan atau tanya ustaz pengiring sebelum berlepas. 2.       Pastikan tag nama dibawa bersama selalu. Tuliskan juga nama, alamat hotel dan nombor telefon ustaz pengiring. 3.