Posts

Showing posts from June, 2012

Bahaya Fitnah (2) - Tanyalah Ustaz 30.06.2012

Image
Ustaz Firdaus Subhi Bacaan surah Al-Hujurat ayat 6-9: Huraian ayat: Antara sebab ayat ini diturunkan, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Qurtubi mengisahkan tentang seorang sahabat bernama Al-Walid ditugaskan untuk pergi ke perkampungan Bani Mustaliq untuk mengambil zakat. Apabila sampai, beliau mendapati mereka mengejarnya lalu terlintas dalam hatinya bahawa mungkin mereka ingin membunuhnya. Lalu Al-Walid melarikan diri dan pulang bertemu Nabi SAW. Apabila ditanya Nabi SAW, dia menjawab bahawa dia tidak mampu mengambil zakat kerana mereka ingin membunuhnya. Lalu Khalid Al-Walid telah ditugaskan untuk menyiasat adakah benar ceritanya. Apabila disiasat didapati penduduk kampung itu mengamalkan Islam dengan baik – apabila azan dilaungkan mereka solat, maka tidak betullah apa yang diceritakan oleh Al-Walid. Ada satu lagi riwayat yang hampir serupa menceritakan, tetapi wakil Bani Mustaliq kemudian datang memberitahu Nabi SAW bahawa mereka mengejarnya bukan untuk mela

Solat Musafir (2) – Tanyalah Ustaz 28.06.2012

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz Sebagai ulangkaji daripada semalam: Siapakah yang dikatakan musafir? Seseorang yang berjalan melebihi dua marhalah (92km), atas tujuan yang diharuskan, dan berniat untuk tinggal di satu tempat tidak melebihi 3 hari dan 3 malam, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Tetapi jika berniat untuk tinggal lebih daripada 3 hari dan 3 malam, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermukim di situ. Sebagai orang bermukim, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Jika dia niat untuk tinggal di situ selama-selamanya pula, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermastautin di situ.Sebagai orang bermastautin, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Waktu yang dibenarkan ialah waktu Zohor dan Asar atau waktu Maghrib dan Isyak. Boleh dipilih

Solat Musafir (1) - Tanyalah Ustaz 27.06.2012

Image
 Ustaz Dato' Abu Hassan Din Bacaan surah An-Nisa;, ayat 101 yang bermaksud: Siapakah yang dikatakan musafir? Seseorang yang berjalan melebihi dua marhalah (92km), atas tujuan yang diharuskan, dan berniat untuk tinggal di satu tempat tidak melebihi 3 hari dan 3 malam, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Tetapi jika berniat untuk tinggal lebih daripada 3 hari dan 3 malam, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermukim di situ. Sebagai orang bermukim, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Jika dia niat untuk tinggal di situ selama-selamanya pula, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermastautin di situ.Sebagai orang bermastautin, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Syarat-syarat musafir: Pemergian itu adalah musafir yang wajib, sunat atau harus. Contoh musafir wajib ialah perjalanan pergi menunai

Kuliah Maghrib Bersama Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Image
Lokasi: Masjid As-Sobirin, AU5 pada 24.06.2012 Masjid ini selalu terlintas di hati saya kerana terletak berdekatan dengan rumah adik ipar. Masjid ini juga adalah satu-satunya masjid yang sukar untuk saya mendapat saf pertama. Apabila saya telah berpindah ke Madinah, jemputan pertama yang saya terima untuk memberi ceramah apabila pulang adalah daripada masjid ini dan saya amat gembira untuk menerimanya. Saya sekarang mengajar di Universiti Taibah, Madinah dan sedang bercuti musim panas selama 2 bulan. Di Madinah, rumah saya terletak di kaki bukit Uhud, berdekatan tempat dilakukan hukuman Qisas. Sebelum balik, saya ada menyaksikan sendiri hukuman pancung dan pengalaman itu memang sesuatu yang lain daripada yang lain. InsyaAllah akan saya kongsikan dalam blog nanti. Ketika mula mengajar di Madinah, antara pengalaman ganjil yang dialami ialah saya mengajar pelajar lelaki sahaja. Wanita tidak dibenarkan masuk ke kawasan universiti kami. Bahkan setiausaha kami pun lelaki. Sa

Masjidil Aqsa (1) – Tanyalah Ustaz 25.06.2012

Image
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan ayat 1, surah Al-Israk yang bermaksud: Allah SWT menyebut secara langsung tentang Masjid Aqsa dalam ayat ini. Apabila Allah sebut sesuatu, maknanya ianya sesuatu yang sangat penting. Tambahan pula Allah nyatakan bahawa tempat itu adalah tempat yang diberkati. Oleh sebab itu Masjid Aqsa ini perlu ada dalam hati setiap umat Islam. Namun, ramai yang tidak jelas, yang mana satu Masjid Aqsa sebenarnya kerana di internet banyak ditunjukkan bahawa masjid berkubah emas, atau juga dikenali sebagai Dome of the Rock itu sebagai Masjid Aqsa. Itu sebenarnya ialah Masjid Al-Sakhra yang yang dibina oleh Khalifah Malik bin Marwan padah tahun 72 Hijrah. Masjid Aqsa yang sebenar, iaitu masjid yang Nabi SAW mengimamkan solat sebelum diisrakkan ialah Masjid Aqsa yang lama, iaitu masjid yang berkubah hijau. Masjid ini terletak bertentangan dengan Masjid Al-Sakhra. Walaubagaimanapun, Masjid Sakhra juga sebenarnya terletak dalam kawasan Masjid Aqsa juga. J

Keberkatan Umur & Harta (3) – Tanyalah Ustaz 24.06.2012

Image
Ustaz Halim Din Bacaan surah Al-Mulk, ayat 1-11 yang bermaksud: Semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Jika kita kasih kepada Allah, maka Allah juag akan kasih kepada kita. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Sebagai muslim, sedari bangun di pagi hari lagi, kita perlu mematuhi perintah dan larangan Allah. Usahakan untuk mengikut amalan Nabi SAW. Mulakan pagi hari dengan ucapan Alhamdulillah kerana masih di beri nyawa, dirikan solat dan membaca Al-Quran. Nabi SAW merupakan manusia yang paling berkat berana baginda tidak pernah melupakan Allah SWT. Nabi SAW mengajarkan kita cara untuk mendapatkan keberkatan apabila dua orang bertemu ialah dengan mengucapkan salam. Apabila memulakan sesuatu pekerjaan pula, kita mulakan dengan ucapan Bismillah. Antara tanda-tanda keberkatan dalam kehidupan ialah: Pertama - rezekinya murah. Rezeki bukan sekadar wang ringgit, tetapi kehidupan yang tenang, kemudahan dalam

Harap & Takut dalam Solat – Mukmin Profesional 30.04.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah Allaw SWT mengizinkan kita berada dalam daerah kebaikan. Semoga perbincangan kita bukan sahaja menjadi halwa telinga bahkan turut menjadi makanan bagi hati dan jiwa kita. Semoga kita dapat merasakan kebenaran, dan bukan sekadar kita menerima kebenaran dengan pemikiran. Pada minggu-minggu yang lalu, kita telah bincangkan perihal solat sebagai talian hayat kita dengan Allah SWT. Kita juga telah menegaskan berkali-kali bahawa untuk memperbaiki dunia, perlu perbaiki manusia, untuk perbaiki manusia, perlu perbaiki hati, untuk perbaiki hati, perlu perbaiki solat. InsyaAllah jika semua orang berusaha memperbaiki solat, kita akan boleh lihat kesan berantai yang positif. Apabila diri kita baik, kita didik keluarga jadi baik, seterusnya masyarakat akan baik sehinggalah ke peringat semakin tinggi ke seluruh dunia. Oleh sebab itulah, solat dikaitkan secara langsung dengan kejayaan, ketenangan dan kefakiran. Jika kita tanya diri kita, logikkah