Posts

Showing posts from September, 2012

Umrah Sebagai Persediaan Haji (2) - Tanyalah Ustaz 29.09.2012

Image
Ustaz Ghazali Ibrahim Nikmat terbesar yang Allah beri pada kita hari ini ialah nikmat hidup. Oleh itu, mari kita gunakan dengan sebaik-baiknya untuk menambah amal untuk bekalan di hari akhirat nanti. Berapa ramai ahli keluarga kita, saudara-mara kita, kenalan kita yang telah meninggal dan memohon pada Allah untuk dihidupkan semula kerana menyedari amalan yang dibawa sedikit untuk membantu di alam kubur dan alam akhirat. Hari ini kita bersiaran daripada Masjid Al-Falah, yang hiasannya menyerupai raudhah di Masjid Nabawi. Tetapi hakikatnya ini memang merupakan satu raudhah, kerana Nabi SAW mengatakan bahawa majlis ilmu itu adalah raudhah. Dalam membincangkan tajuk ‘Umrah sebagai persediaan haji’, semalam telah dinyatakan keperluan menimba ilmu tentang ibadat secukupnya sebelum pergi ke sana. Hari ini akan dibincangkan persediaan hati pula. Paling penting adalah untuk menjaga hati daripada sifat sombong dan riyak. Sifat sombong yang paling ditakuti ialah sombong pa

Tanggungjawab Isteri (2) – Tanyalah Ustaz 27.09.2012

Image
Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan ayat 34, surah An-Nisa’: Semalam dibincangkan tanggungjawab suami, jadi hari ini akan dibincangkan tanggungjawab isteri pula. Dalam hadis Nabi SAW menyatakan bahawa tanggungjawab isteri adalah: memenuhi keperluan nafsu suami walaupun berada di atas kenderaan (unta). Nabi SAW mengkiaskan ‘atas unta’ untuk menunjukkan bahawa isteri hak suami. isteri tidak dibenarkan berpuasa sunat tanpa izin suami. Jika dilakukan juga, isteri berdosa, dan pahala  akan dapat kepada suami. jangan beri harta suami tanpa inzinnya. Jika dilakukan juga, isteri berdosa, dan suami akan dapat kepada suami. Jangan keluar rumah tanpa izin suaminya. Jika dilakukan juga, Allah dan malaikat melaknatnya sehinggalah dia pulang ke rumah. Sebagai kesimpulan, tanggungjawab isteri ada dua iaitu: Taat suami – apa erti taat? Ulama menggariskan tiga perkara untuk menilai ketaatan. Perkara tersebut ialah: Buat apa yang suami suruh Jangan buat apa y

Tanggungjawab Suami (1) – Tanyalah Ustaz 26.09.2012

Image
Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan ayat 34, surah An-Nisa’: Daripada dapatan kajian, didapati punca perceraian adalah jahil peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dalam satu hadis, Nabi SAW yang ringkasannya bermaksud - hak perempuan daripada suami: Beri makan kepada isteri apabila dia makan Beri pakaian apabila dia berpakaian Jangan sekali-kali pukul wajahnya Jangan menghina dengan gelaran Jangan tinggalkan isteri keseorangan. Oleh itu, tidak sepatutnya berlaku kes-kes ‘gantung tak bertali’ atau ‘salai tak berapi’ dalam Islam. Sebagai kesimpulan, tanggungjawab suami kepada isteri terbahagi kepada tiga aspek: Fizikal – menjaga kesihatan, keselamatan, kehormatan isteri Material – keperluan material isteri perlu disediakan oleh suami Spiritual – memimpin persoalan ibadat dan ketaqwaan isteri Senarai soalan dan jawapan : S: Bagaimana jika suami tidak berpendapatan tetap sedangkan isteri berpendapatan lumayan? J: Dalam Islam tidak

Ibu Mertua (2) – Tanyalah Ustaz 25.09.2012

Image
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-Ikhlas: Jika dibaca 3x, pahalanya seumpama khatam Al-Quran. Ayat ini diturunkan setelah peristiwa Nabi SAW dikepung oleh kaum musyrikin. Ayat ini menegaskan bahawa hanya Allah tempat untuk meminta, tetapi kita hari ini banyak meminta daripada makhluk. Ayat ini elok diamalkan 3 kali sebelum memasak nasi, sebelum masuk ke rumah sendiri atau rumah mertua, sebelum pergi kerja, sebelum bersama pasangan, sebelum menyentuh kepala anak-anak. InsyaAllah, ayat ini akan dapat melembutkan hati ibu mertua. Jangan melawan kata ibu mertua, selalu puji masakannya, tak perlu beritahu jika tak sedap. Boleh juga baca ayat ini, hembus pada tangan dan sedut kembali dan sapukan pada wajah sehingga ke belakang kepala. Ayat Al-Quran ini ada auranya, InsyaAllah orang akan lebih lembut hati ketika memandang kita. Senarai soalan dan jawapan: S: Benarkah ibu mertua dan ibu sendiri sama tarafnya dalam Islam? J: Dalam satu hadis, Nabi SAW bersa

Ibu Mertua (1) – Tanyalah Ustaz 24.09.2012

Image
Ustaz Hanafiah Abdul Malik Bacaan surah An-Nasr: Bagi seorang isteri, suami adalah 'king'nya, dan king kepada king ialah ibu mertua :) Ada berbagai ragam ibu mertua – ada yang baik, ada yang cerewet, ada yang sakit dan sebagainya. Ada juga ibu mertua yang menyayangi menantu melebihi anaknya sendiri. Namun, ada yang juga yang langsung tidak suka kepada menantu, walaupun pada hakikatnya menantu itu baik. Sebagai satu amalan untuk melembutkan hati ibu mertua, amalkan surah tadi dengan mengulang ayat ke-2 sebanyak 3 kali. Ibu mertua tarafnya sama seperi ibu sendiri. Oleh itu, ibu mertu perlu juga dihormati dan diperlakukan dengan baik. Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat untuk hidup, untuk solat, untuk berumah-tangga, dan untuk mempunyai ibu mertua. Ibu bapa mertua mempunyai lebih banyak pengalaman daripada kita, jadi belajarlah daripada mereka. Kesimpulan: Tidak semua ibu mertua berhati tidak baik, bahkan ramai ibu mertua yang menyayangi menantu meleb

Bersediakah Menjadi Tetamu Allah? (3) - Tanyalah Ustaz 23.09.2012

Image
Ustaz Prof. Madya Muhd. Najib Abdul Kadir Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 125-128: Apabila terpilih menjadi tetamu Allah – itu merupakan satu nikmat yang besar. Oleh itu, kita mesti menjaga adab, perlakuan dan iktikad kepada Allah SWT, terutamanya ketika berada di Tanah Suci. Semasa mengerjakan haji, amat penting untuk menjaga mulut dan kata-kata. Tinggalkan amalan mengumpat, maki-hamun dan seumpamanya. Peluang berada di Mekah merupakan peluang menambah manfaat ukhrawi. Antara manfaat-manfaatnya ialah: Nabi SAW bersabda yang intipatinya bermaksud sesiapa yang datang mengerjakan haji dan menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan ketika berihram, maka akan diampunkan dosa-dosanya dan dia seumpama dilahirkan semula ke dunia ini. Solat di masjidil Haram dijanjikan seratus ribu kali ganda pahala, manakala solat di masjid Nabawi pula seribu kali ganda berbanding masjid-masjid biasa. Oleh itu, para jemaah perlu berusaha untuk sol

Bersediakah Menjadi Tetamu Allah? (2) - Tanyalah Ustaz 22.09.2012

Image
Ustaz Prof. Madya Muhd. Najib Abdul Kadir Panduan Mengerjakan Haji Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 197-199: Ibadah haji merupakan ibadah yang istimewa kerana ianya menuntut pengorbanan dan mujahadah kepada Allah. Daripada ayat tadi dinyatakan, terdapat larangan-larangan haji seperti: Jimak. Jika dilakukan juga, ada empat kesan iaitu berdosa, perlu juga meneruskan haji, membayar dam dan mengulangi haji pada tahun yang berikutnya. Jangan berbuat fasik (dosa kecil atau besar). Orang yang pergi haji dan menjaga dirinya daripada berbuat fasik, segala dosanya akan diampunkan dan dia seolah-olah seperti dilahirkan semula. Sebelum pergi Mekah, kita perlu mendapat restu dan keredhaan ibubapa. Minta keampunan kepada ibu bapa dan mohon doa daripada mereka. Siapakah yang perlu didahulukan untuk mengerjakan haji – ibubapa atau diri kita? Dalam hal ini Allah wajibkan ke atas orang yang mampu, oleh itu, jika anak mampu dahulu, anak itu yang wajib mengerjakannya dahulu.

Bersediakah Menjadi Tetamu Allah? (1) - Tanyalah Ustaz 21.09.2012

Image
Ustaz Prof. Madya Dr. Muhd Najib Abdul Kadir Bacaan surah Al-Haj, ayat 27: Alhamdulillah kita sampai ke bulan Haji (Zulkaedah dan Zulhijjah). Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Al-Qurtubi berkata, setelah Nabi Ibrahim siap mendirikan Kaabah, baginda diperintah untuk memanggil manusia untuk mengerjakan haji. Lalu Nabi Ibrahim bertanya, “Wahai Tuhanku, adakah suaraku sampai kepada mereka?” Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Panggillah, akulah yang akan menyampaikannya”. Nabi Ibrahim a.s. pun naik ke Jabal Qubaisy, dan berseru, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kalian untuk menziarah Kaabah untuk memberi syurga kepada kalian, dan menyelamatkan kalian daripada neraka. Jadi, pergilah menunaikan ibadat haji.” Semua roh yang berada di sulbi lelaki dan rahim perempuan menyambut seruan tersebut dan berkata, “Labbaika Labbaika (Aku penuhi seruan-Mu, Aku penuhi seruan-Mu)”. Sesiapa yang menjawab pada ketika itu, maka dia akan berhaji mengikut jawapannya. Jika menjawab

Nabi Isa a.s. (1) – Tanyalah Ustaz 17.09.2012

Image
Ustaz Syauqi Othman Bacaan surah Ali-Imran ayat 45-47: Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Mariam sendiri susah hati ketika diberitakan bahawa dia akan melahirkan seorang putera. Inilah bukti kekuasaan Allah yang boleh menjadikan sesuatu yang tidak logik pada pemikiran kita. Kita wajib beriman dengan kejadian ini kerana Allah sebut cerita ini di dalam Al-Quran dan Nabi Isa termasuk dalam 25 Rasul yang wajib kita beriman dengannya. Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana Nabi Isa dilahirkan? J: Dalam ayat 59, surah Al-Imran, Allah sebut bahawa perbandingan Nabi Isa adalah seperti Nabi Adam yang Allah jadikan daripada tanah. Nabi Adam tiada ibu atau bapa dan dijadikan hanya daripada tanah. S: Adakah Nabi Isa termasuk dalam golongan Rasul Al-Azmi? J: Ya. Maksud Al-Azmi adalah mereka yang mempunyai kecekalan yang sangat hebat kerana menghadapi ujian yang sangat besar. Mereka ada 5 iaitu Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. S: Apakah

Sukarkah Ibadah? (3) – Tanyalah Ustaz 16.09.2012

Image
Ustaz Komander Maritim Nik Kamaruddin Yunoh Bacaan surah As-Saaf, ayat 8-11: Hari ini untuk menunjukkan kecintaan kepada negara. Hari ini juga hari Angkatan Tentera Negara. Nabi SAW mengatakan ada dua mata yang tidak akan disentuh api neraka – mata yang menangis kerana takutkan azab Allah dan kedua – mata yang menjaga persempadanan dan keselamatan negara. Namun, untuk menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah, mestilah memenuhi 5 syarat: Niat kerana Allah Pekerjaan yang dibenarkan syarak Perlaksanaanya mengikut syarak Tujuan mengikut syarak Tidak meninggalkan ibadah wajib Hasan Al-Basri ada berkata – ada dua titisan yang Allah sangat cintai Allah iaitu:  Pertama: titisan air mata di malam yang gelap untuk menangisi dosa, bertaubat  dan mengingati Allah. Sebenarnya untuk bangun menangisi dosa ini tidak susah pun dan tidak perlu berwudhuk. Wudhuk itu untuk solat, tanpa solat sekalipun kita masih boleh muhasabah diri dan bertaubat kepada Alla

Pasca Ramadhan: 'High-touch' dan 'High-tech' – Mukmin Profesional 27.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah kerana kita diizinkan Allah berada dalam majlis ilmu. Semoga kita mendapat manfaat-manfaat di luar jangkaan kita, kerana Nabi SAW pernah berjanji bahawa orang yang berada dalam majlis ilmu akan mendapat rahmat, ketenangan dan namanya akan disebut oleh Allah dalam majlis yang lebih mulia daripada ini. Oleh sebab itu, tanda orang itu sebagai orang mukmin atau orang yang sedang berusaha menjadi mukmin adalah hatinya mudah tertarik kepada majlis ilmu. Hari ini kita akan fokus untuk membincangkan 'high-touch' (akhlak-akhlak murni dalam pergaulan) dan 'high-tech' (kepakaran dalam pekerjaan) kita setelah Ramadhan berlalu. Pada prinsipnya, Ramadhan itu merupakan satu madrasah untuk melahirkan muttaqin (orang-orang bertaqwa). Orang yang bertaqwa ialah orang yang sangat berhati-hati dalam menjaga hukum-hakam Allah – perkara halal dikerjakan, perkara haram ditinggalkan, yang sunat dilaksanakan untuk mendapat kecintaan Allah dan yan