Posts

Showing posts from October, 2012

Usah Mengalah Dalam Mujahadah – Mukmin Profesional 24.09.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah Allah memilih kita untuk sekali lagi berada di dalam majlis ilmu. Semoga Allah juga memberi kita kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari. Mutiara kata sebagai mukadimah bicara: Apabila hati resah, pasti ada perintah Allah yang belum dilaksanakan atau larangan Allah yang telah dilanggar ataupun kedua-duanya sekali. Jesteru, beristighfarlah. Paksa diri dan hati untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Ingatlah wahai diri – melakukan taat lebih mudah daripada melakukan maksiat. Jika taat itu pedih, sesungguhnya maksiat itu lebih pedih. Kita sentiasa berhadapan dengan 2 perkara dalam kehidupan – perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang suka dilakukan. Contoh perkara yang perlu ialah membaca, bekerja, beribadat dan seumpamanya dan perkara ini biasanya tidak disukai hawa nafsu. Contoh perkara yang disukai pula ialah berehat yang berlebihan, berhibur berlebihan, mengumpat dan seumpamanya. Kedua-dua perkara ini b

Korban (2) – Tanyalah Ustaz 27.10.2012

Image
Ustaz Ahmad Husni Dato’ Abdul Rahman Surah As-Soffat, ayat 100-107: Ayat 100 surah As-soffat ini merupakan doa Nabi Ibrahim kepada zuriatnya, oleh itu amat elok untuk kita amalkan. Sambungan kisah Nabi Ibrahim dan Ismail: Nabi Ibrahim meletak pisau di leher anaknya dan cuba menyembelihnya, namun tidak berjaya. Nabi Ibrahim pun meminta bapanya menguatkan hirisannya namun masih gagal menyembelihnya. Kemudian Allah menyatakan bahawa Nabi Ibrahim sudahpun mengerjakan seperti apa yang dimimpikannya dan sembelihan Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas (ayat 105-107). Sambungan cerita seorang pemuda dari Yaman yang suka memberi sarapan kepada orang ramai setiap hari. Suatu hari dia terjatuh ke dalam perigi dan tidak dijumpai orang. Setelah 6 tahun, orang mengisytiharkan dia telah meninggal dan mengagih-agihkan hartanya. Suatu hari, ada seorang lain berjalan dan masuk ke dalam sebuah gua. Lelaki itu terkejut kerana menjumpai lelaki yang dikatakan hilang di

Korban (1) – Tanyalah Ustaz 26.10.2012

Image
Ustaz Ahmad Husni Dato' Abdul Rahman Surah Al-Maidah, ayat 27-30: Ibadah korban merupakan antara ibadah yang tertua sekali kerana bermula ketika Habil dan Qabil diminta mengeluarkan korban kepada Allah. Kisah Habi dan Qabil – mereka dilahirkan dengan kembar perempuan dan ketika itu disyariatkan untuk silang nikah → Habil berkahwin dengan kembar Qabil yang bernama Iqlima dan Qabil berkahwin dengan kembar Habil iaitu Labuda. Qabil tidak setuju kerana Iqlima lebih cantik rupa-parasnya berbanding Labuda. Oleh itu, Allah menetapkan agar mereka berdua mengeluarkan korban. Ini juga menunjukkan bahawa untuk mendapatkan sesuatu perkara itu, ianya memerlukan pengorbanan. Allah meminta dipersembahkan korban dan barangsiapa yang diterima korbannya, maka dia akan dikahwinkan dengan gadis pilihannya. Habil memilih haiwan ternakannya yang terbaik, manakala Qabil pula memilih tanaman yang sudah rosak. Setelah dipersembahkan, Allah menerima korban daripada Habil. Kisah bersa

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Image
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW yang disampaikan pd 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :-   "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini." "Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan mulai sekarang." "Berwaspadalah ter

Labbaika (1) - Tanyalah Ustaz 24.10.2012

Image
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Bacaan surah Al-Hajj, ayat 27-29: Ucapan “Labbaika” merupakan simbol yang seseorang itu menyahut panggilan Allah untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah. Haji merupakan ibadah yang difardhukan ke atas semua umat Islam yang mampu dan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Mampu ertinya mampu dari segi kewangan, sihat tubuh badan dan selamat perjalanan pergi dan balik. Namun begitu, tidak wajib tidaklah bermakna tidak boleh dikerjakan. Contoh seperti solat Jumaat, walaupun tak wajib ke atas wanita, tetapi tidak menjadi kesalahan jika ingin dikerjakan. Senarai soalan dan jawapan: S: Mengapa orang musyrik dan orang Jahiliyyah juga mengerjakan haji? J: Sebenarnya orang Yahudi dan Nasrani menganggap Nabi Ibrahim sebagai nabi mereka dan oleh sebab mereka ingatkan haji untuk mereka juga. Namun, Allah jawab persoalan ini dalam ayat 67, surah Ali Imran yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah untuk orang Islam. Perkara ini

Haji Mabrur (2) – Tanyalah Ustaz 23.10.2012

Image
Ustaz Mohd Fauzi Mustafa Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 197: Ketika berada di Mekah janganlah merungut jika makanan tidak sedap. Kita pergi untuk mengerjakan haji, bukannya untuk makan. Imam Nawawi dan Imam Ghazali mengatakan untuk mendapatkan haji mabrur, sebelum pergi haji seseorang perlu: Bertaubat kepada Allah dengan segala dosa yang pernah dilakukan. Jika contohnya jika pernah tinggal solat, puasa, bertaubat dan qadhalah semampunya. Lebih baik melazimkan beristighfar memohon keampunan daripada mengamalkan zikir-zikir lain. Minta maaf dengan ibu bapa, suami/isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.  Langsaikan hutang jika ada, kecualilah hutang yang dibayar ansuran seperti rumah atau kereta. Tinggalkan nafkah yang secukupnya bagi keluarga yang ditinggalkan. Jika ibu bapa masih hidup, mintalah doa keredhaan daripada mereka. Untuk haji sunat, wajib minta izin ibu bapa, tetapi tidak untuk haji wajib. Pastikan sumber rezeki halal 100%. J

Haji Mabrur (1) - Tanyalah Ustaz 22.10.2012

Image
Ustaz Mohd Fauzi Mustafa Bacaan surah Al-Hajj, ayat 27-18: Haji mabrur memerlukan ketabahan untuk mencapainya dan menjadi idaman setiap orang yang mengerjakan ibadat haji. Marbrur berasal daripada perkataan 'bir' yang bermaksud baik. Oleh itu, haji mabrur, mengikut Ibnu Qoluyah, adalah haji yang diterima Allah Taala. Ada juga ulama mengatakan bahawa haji mabrur adalah haji yang tidak dinodai walau sedikit pun dengan dosa. Oleh itu, ianya tidaklah begitu mudah untuk diperolehi. Allah berfirman yang bermaksud bahawa orang yang tidak mendapat haji mabrur sekadar pergi ke Mekah untuk melancong sahaja. Tiada seorang pun yang boleh mengetahui dengan yakin bahawa hajinya mabrur atau tidak. Oleh itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh haji seseorang itu tidak mabrur. Walaubagaimanapun ada beberapa tanda haji mabrur: Setelah pulang, seseorang itu tidak suka lagi kepada maksiat yang pernah dilakukannya sebelum menunaikan haji. Setelah pulang, sesorang

Dahulukan Ibu Bapa (3) – Tanyalah Ustaz 21.10.2012

Image
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Al-Isra', ayat 14-15: Ketika kecil, bila seorang anak bertanya banyak kali, ibu bapa menjawab dengan sabar, walaupun terpaksa mengulang berkali-kali. Namun, ketika ibu bapa sudah tua dan merosot pendengarannya, anak mula hilang sabar apabila ditanya berkali-kali oleh ibu bapa. Mulianya manusia itu kerana ketika menyusu, dia memandang wajah ibunya, tidak seperti binatang yang menyusu dicelah kelangkang ibunya. Oleh itu, seorang anak perlu juga meletakkan ibu bapanya di tempat yang mulia juga. Ibu bapa pula perlu mendahulukan memberi penekanan kepada pendidikan adab kepada anak-anak. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda agar: “Ajarlah anak mu dengan 3 perkara yang utama. Yang pertama ialah ajar supaya anak-anak kamu mencintai aku (Nabi saw), yang keduanya ialah ajar anak kamu supaya kasihkan ahli keluarga aku, dan yang ketiga ajarlah anak kamu baca Quran”. Ibu bapa perlu mendidik anak adab yang baik

Dahulukan Ibubapa (2) – Tanyalah Ustaz 20.10.2012

Image
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Luqman, ayat 14 dan 15: Sambungan perbincangan semalam: Setelah Allah huraikan kepayahan yang dialami ibu ketika mengandung, melahir dan membesarkan, kita disuruh bersyukur kepada Allah dan kepada kedua ibubapa. Ketaatan kepada ibubapa adalah selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara yang mensyirikkan Allah. Jika mereka menyuruh yang demikian, anak tidak boleh taat tetapi anak tetap perlu berbuat baik kepada mereka. Moga-moga, hati mereka akan lembut untuk masuk kepada Islam. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." Buat baik kepada ibubapa merupakan 'ranking' kedua selepas solat. Oleh itu, jangan sibuk buat amalan baik lain sebelum berbuat baik kepada ibubapa. Senarai soalan dan jawapan: S: Adakah berdosa seorang anak yang tidak mendoakan ibubapa selepas solat? J: Setiap kali selepas sol

Dahulukan Ibubapa (1) – Tanyalah Ustaz 19.10.2012

Image
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Luqman, ayat 13-15: Manusia bersifat pelupa, oleh sebab itu kita perlu diingatkan selalu. Dalam pesanan Luqman Nul Hakim tadi, beliau berpesan: Jangan mensyirikkan Allah dan berbuat baik kepada ibubapa. Allah utamakan ibubapa dan menceritakan semula kesusahan yang ditanggung ibu terutamanya ketika mengandung, melahirkan dan menyusukan sehingga anak berumur 2 tahun. Walaupun sukar, Allah beri rahmat kepada ibu dan ‘lupakan’ dia dengan keperitan yang disakiti sehingga ibu sanggup melahirkan anak berkali-kali. Cukupkah dengan memberi wang ribuan ringgit atau berkhidmat seumur hidup kepada ibubapa untuk membalas jasa mereka? Pastilah tidak cukup. Bila anak sakit, ibubapa minta untuk diberikan kesakitan itu untuk mereka tanggung. Namun, apabila ibubapa sakit, anak-anak minta agar ibubapa segera meninggal dan tidak menyusahkan mereka lagi. Perkara pertama yang perlu kita buat selepas solat ialah berbakti kepada ibuba

Keperluan Zakat & Sedekah (2) – Tanyalah Ustaz 18.10.2012

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 267: Hari ini kita akan membincangkan tentang sedekah. Berbeza dengan zakat, sedekah hukumnya sunat, dan tiada had tertentu. Zakat ada asnafnya, tapi sedekah boleh diberi kepada semua orang. Sedekah ada berbagai bentuk dan tidak semestinya dalam bentuk wang sahaja. Perbuatan baik hatta senyuman sekalipun boleh dikira sebagai sedekah. Orang yang bersedekah akan didoakan malaikat. Orang yang kedekut pula akan didoakan keburukan oleh malaikat seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi saw. bersabda, “Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berkata, ‘Ya Allah, berilah pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya.’ Kemudian malaikat yang satu berkata, ‘Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil.” Untuk setiap sedekah yang dikeluarkan, Allah janji akan ganti balik. Oleh itu, kita tidak perlu ragu-ragu kerana janji Allah pasti besa