Posts

Showing posts from November, 2012

Kesilapan Ibu Bapa Terhadap Anak (2) - Tanyalah Ustaz 29.11.2012

Image
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek  Bacaan surah An-Nasr: Apabila tibanya pertolongan Allah tiba, maka Nabi Muhammad SAW dapat masuk ke Mekah tanpa berlakunya pertumpahan darah sedikitpun. Oleh itu, dalam setiap masalah yang kita hadapi, mintalah pertolongan pada Allah. Ajar Ajarkan anak-anak intipati Al-Quran dan kisah-kisah Nabi dan para sahabat. Permulaan terbaik untuk mendidik anak ialah ketika mengandung, iaitu dengan mengamalkan: Banyakkan membaca atau memperdengarkan Al-Quran (bagi yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan lancar) Banyakkan berdoa untuk kebaikan anak   Ibu bapa perlu kurangkan melakukan dosa, dan banyakkan amal kebaikan Ketika anak lahir, jangan lambat-lambatkan azan. Seelok-eloknya ketika hampir-hampir dikeluarkan (ketika isteri sedang meneran) atau ketika masih disaluti darah. Jangan lambat dan tunggu dibersihkan oleh jururawat kerana dikhuatiri perkataan pertama yang didengari ialah kata-kata jururawat tersebut. Jangan lupa

Kesilapan Ibu Bapa Terhadap Anak (1) - Tanyalah Ustaz 28.11.2012

Image
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-‘Asr: Allah bersumpah dengan mahkluk yang dinamakan masa. Allah mampu memberhentikan, mempercepatkan atau melambatkan masa. Kita semua dalam kerugian kecuali jiak kita saling menegur ke arah keabaikan. Tetapi, dalam menegur pasti ada risikonya. Oleh sebab itulah, ayat seterusnya dikatakan agar manusia berpesan dengan kesabaran. Jadi ibu bapa perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ibu bapa boleh derhaka kerana mereka kurang berilmu. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan. Ibu bapa perlu menjadi ibu bapa yang membantu setiap anaknya menjadi manusia yang baik. Ibu bapa kita dahulu banyak berpesan kepada anak-anaknya agar jangan menjadi anak yang derhaka, agar rajin belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Nasihat-nasihat sebegini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri anak-anak. Senarai soalan dan jawapan: S: Ada ibu bapa yang membezakan kasih sayang antara anak-an

Terjebak Dalam Khurafat (2) – Tanyalah Ustaz 24.11.2012

Image
Terjebak Dalam Khurafat (2) – Tanyalah Ustaz 24.11.2012 Ustaz Sharhan Safie Bacaan ayat 48, surah An-Nisa': Perbuatan syirik termasuk dalam 7 dosa besar dan menduduki di tangga teratas. Ramai masyarakat yang masih bergantung harap kepada kuasa selain Allah. Sebaik-baik ubat adalah dengan mengamalkan ayat Al-Quran. Nabi Ayob yang diuji dengan kesakitan selama 18 tahun mengikut riwayat Al-Qurtubi, diberikan ayat Al-Quran untuk disembuhkan, bukannya dengan tangkal atau azimat untuk dipakai. Allah mengarahkan Nabi Ayub menghentakkan kaki ke bumi dan akan keluar daripadanya air yang perlu digunakan untuk diminum dan dimandi dengannya. Sehebat mana pun bomoh/bidan/tangkal yang diberikan, hebat lagi Allah Rabbul Jalil. Janganlah mengagadaikan akidah kita semata-mata kerana benda-benda yang tak boleh berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah. Kepada yang sedang sakit diuji, jangan hilang keyakinan dan harapan kepada Allah. Sesunggunhnya, Allah tela

Kitab Riyadus Solihin m/s 232 - Majlis Ta'lim Darul Mutadza 23.11.2012

Image
Bab Berharap Pada Allah Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL, setiap Jumaat, 9:15 malam 6. Dari ‘Itban bin Malik r.a., dia termasuk salah seorang Badar, berkata: “Saya biasa menjadi imam bagi kelompokku Bani Salim. Antara tempatku dan tempat mereka ada sebuah lembah di mana bila hujan turun, sangat sulit bagiku untuk datang ke masjid mereka itu. Maka saya datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Sesunggunya penglihatanku sudah berkurang, dan bahawasanya lembah yang berada di antara tempat saya dan tempat mereka itu banjir bila hujan turun sehingga sangat sulit bagi saya untuk bisa datang ke tempat itu. Oleh kerana itu, saya bermohon sudilah kiranya tuan datang kerumahku, di mana rumah itu akan saya jadikan musolla.   Rasulullah SAW berkata: “Baiklah”*. (Dalam riwayat Bukhari, Nabi SAW berkata, “In sha Allah, saya akan datang”.) Esok harinya setelah hari tidak begitu panas, Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a datang ke tempa

Majlis Ta’lim Darul Murtadza 23.11.2012 - Tafsir ayat 282 bah. 2 dan ayat 283 (Perihal hutang), surah Al-Baqarah

Image
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL Tafsir Al-Quran: sambungan separuh ke -2 ayat 282: Sedikit ulangkaji daripada perbahasa separuh daripada ayat 282, surah Al-Baqarah sebelum ini: * Untuk rujukan perbahasan bahagian pertama, sila rujuk di sini . Ayat ini menceritakan kepentingan untuk mencatit perkara yang berkaitan kewangan yang melibatkan orang lain iaitu ketika berhutang. Di samping itu, ianya juga membahaskan pentingnya seseorang yang mempunyai harta yang lebih memberi hutang kepada orang lain. Ganjarannya adalah lebih besar daripada memberi sedekah walaupun wang hutang itu akan dikembalikan. Orang yang ingin berhutang adalah orang yang betul-betul dalam keadaan tersepit dan amat memerlukan. Mereka berhutang untuk menjaga kehormatannya daripada meminta-minta. Oleh sebab itulah, orang yang menyampaikan hajatnya (yakni dengan memberi hutang) akan mendapat ganjaran yang besar. Orang yang kedekut jauh daripada All

Terjebak Dalam Khurafat (3) – Tanyalah Ustaz 25.11.2012

Image
Ustaz Sharhan Safie Bacaan surah Yunus, ayat 81-83: Ayat yang dibacakan menceritakan dakwah Nabi Musa yang ditentang oleh Firaun dengan meminta dikumpulkan tukang-tukang sihirnya. Allah memerintahkan Nabi Musa membatalkan sihir ular tukang sihir Firaun dengan mencampakkan tongkatnya. Tongkat yang merupakan mukjizat Nabi Musa itu bertukar menjadi ular yang lebih besar lalu menelan semua ular-ular kecil tukang sihir. Ayat-ayat ini elok diamalkan sebagai tujuan ayat pembakar sihir. Bersempena dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang masih baru lagi kita raikan, ada pengajaran yang boleh diambil dengan tujuan memagar diri dan keluarga daripada gangguan syaitan. Ketika hijrah, rumah Nabi SAW dikepung oleh orang musyrikin. Lalu Nabi SAW membaca ayat 9, surah Yasin: Ayat ini sesuai dijadikan amalan untuk memagar keluarga dan rumah daripada gangguan syaitan. Sebagai pengajaran, hari ini saya tunjukan beberapa contoh azimat yang diberikan orang y

Terjebak Dalam Khurafat (1) - Tanyalah Ustaz 23.11.2012

Image
Ustaz Sharhan Safie Bacaan surah Luqman, ayat 13: Alhamdulillah kita dapat memulakan hari Jumaat yang mulia ini dengan majlis ilmu. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab sahihnya dari Abi Hurairah radhhiyallahu a'nhu bahawa Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat satu saat, tidaklah seorang muslim mendapatkannya dan dia dalam keadaan berdiri solat dia meminta kepada Allah suatu kebaikan kecuali Allah memberikannya, dan dia menunjukkan dengan tangannya bahawa saat tersebut sangat sedikit.” (HR. Muslim no: 852 dan Al-Bukhari no: 5294). Hadis ini memberitahu bahawa ada satu detik mustajab doa pada hari Jumaat, oleh itu elok kita memperbanyakan amalan baik dan doa pada hari ini. Sepertimana barah yang menjadi penyakit utama yang membunuh manusia, khurafat merupakan 'barah' utama dalam agama. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya, jampi-jampi karut, azimat dan wafak boleh mengu

Mukjizat Al-Quran (1) – Tanyalah Ustaz 22.11.2012

Image
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 23-25: Allah mencabar manusia yang meragui kesahihan Al-Quran agar membawa ayat yang serupa dengannya. Orang Arab zaman dahulu sangat berbakat dalam mengarang syair, namun bakat mereka itu takkan mampu, jika mereka saling bekerjasama sekalipun, untuk membuat sesuatu yang serupa dengan Al-Quran. Memang ada orang yang cuba membuat surah Al-Quran, contohnya seorang Nabi palsu yang mengarang satu surah yang dinamakan surah Gajah. Namun sahabat-sahabat Nabi SAW cuma ketawa kerana isi surah itu tiada apa-apa makna atau mukjizat. Surah itu bermaksud: “Gajah. Tahukah kamu apakah itu gajah? Gajah itu ada belalai yang panjang dan ekornya pendek”. Ceritanya itu tak munasabah langsung untuk dijadikan sesuatu yang diletakkan di dalam kitab penting seperti Al-Quran. Orang yang ingkar akan mendapat azab siksaan dineraka. Orang yang beriman dan beramal-soleh pula akan mendapat balasan syurga yang di dalamnya ada sungai-sungai yang