Posts

Showing posts from February, 2013

Adab Menziarahi Orang Yang Ditimpa Musibah (2) – Tanyalah Ustaz 28.02.2013

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan ayat 1, surah Al-Mulk: Orang yang sakit mesti menaruh sangkaan baik kepada Allah. Ini kerana Allah berfirman bahawa Allah itu seperti sangkaan hamba-Nya. Jadi, jangan sesekali bersangka buruk pada Allah. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah yang perlu dilakukan ketika melawati orang yang sedang nazak? J: Dalam menghadapi orang yang sedang nazak, perlu: Ajarkan mengucapkan ‘La ila ha illallah’ secara berulang-ulang. Ajarkan dengan cara lemah-lembut, bukannya dipaksa. Di sunatkan mengiringkan badan di atas lambungan kanan, dan muka menghadap kiblat. Jika sukar, arahkan kaki ke arah kiblat dan tinggikan kepalanya agar mukanya menghadap kiblat. Baca Yaasin – ada hadis sahih menyebut baca Yasin kepada orang yang nazak dan orang yang telah meninggal dunia. Yasin itu sebahagian Al-Quran yang membawa rahmat, semoga dengan rahmat itu, dapat dipermudahkan urusan roh keluar dari jasad.  S: Apakah ucapan takziah yan

Adab Menziarahi Orang Yang Ditimpa Musibah (1) – Tanyalah Ustaz 27.02.2013

Image
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan ayat 155, surah Al-Baqarah: Nabi SAW bersabda, “Antara perkara yang dapat memberatkan timbangan di Mizan ialah akhlak-aklak yang baik”. Itulah sebabnya Nabi SAW diutuskan untuk menunjukkan akhlak yang terpuji kepada kita. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah kelebihan menziarahi orang ditimpa musibah? J: Kelebihan ada disebut dalam beberapa hadis: Hadis 1 : Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang Muslim itu apabila menziarahi saudaranya yang Muslim, sentiasalah berada dalam taman syurga” (HR Muslim). Hadis 2 : Sayyidina Ali pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Tiadalah muslim yang menziarahi saudaranya muslimnya yang lain di pagi hari melainkan mendoakan atasnya oleh 70 ribu malaikat sehingga ke petang hari. Jika menziarahinya di petang hari maka mendoakan atasnya oleh 70 ribu malaikat sehingga ke pagi hari”. (HR Tidmizi) Hadis 3 : Sepotong hadis daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menzi

Kebersihan (2) – Tanyalah Ustaz 26.02.2013

Image
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-Asr: Kata ulama, “Hidup ini umpama lilin. Semakin lama semakin pendek dan akhirnya akan padam”. Oleh itu, isilah hidup ini dengan amal soleh yang boleh membersihkan hati dan seterusnya memberi hati yang tenang. Jaga hidup agar bersih daripada dosa dan perkara yang sia-sia dengan menjaga masa kita. Tidak cukup untuk kita saja menjaga kebersihan, kita perlu juga berpesan-pesan perkara yang sama kepada orang sekeliling kita. Inilah satu bentuk pesan kepada kebaikan. Biasanya bukanlah satu perkara yang mudah untuk menasihati orang kepada kebaikan, oleh itu perlulah berpesan dengan penuh kesabaran. Nabi SAW bersih wajahnya kerana baginda menjaga wudhuk dan selalu menagis mengenangkan nasib umatnya. Nabi SAW juga telah mengajarkan sejak dahulu lagi untuk membasuh tangun sebelum makan, sebelum berwudhuk. Nabi SAW juga mengajar kita memotong kuku, membuang bulu-bulu di tempat yang sulit, dan menipiskan kumis

Tafsir ayat 18 dan 19, surah Ali-Imran, MTDM 22.02.2013MTDM 22.02.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Tafsir ayat 18-19, surah Ali-Imran, MTDM Perbahasan ayat 18: Kesaksian Allah kepada Zat-Nya – dimulakan dengan diri-Nya sendiri, yakni  Ketuhanan Allah tidak bergantung kepada penerimaan makhluk kepada Allah sebagai Tuhan. Begitu juga dengan Rasulullah SAW, baginda mengaku kerasulan dirinya terlebih dahulu, barulah orang lain mengakui kenabian baginda. Musailamah bin Kadzab mendapat gelaran Nabi kerana diberi oleh kaumnya, kemudian barulah dirinya sendiri pula menerima gelaran itu. Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW mengaku Nabi dan  mampu mendatangkan mukjizat sebagai bukti. Nabi SAW dicabar untuk oleh seorang Badawi untuk memanggil sebatang pokok dan beriman dengannya. Nabi SAW pun menyuruh Badawi itu memanggil pokok itu. Pokok itu mencabut akarnya dan datang mengaku syahadah kepada Rasul SAW. Kemudian pokok itu kembali ke tempat asalnya. Perlakuan pokok itu kembali semula ke tempatnya adalah sebagai bonus, kerana B

Cukai Akhirat (3) – Tanyalah Ustaz 24.02.2013

Image
Ustaz Halim Din Bacaan ayat 9-11, surah Al-Munafiquun: Kita berada dalam majlis ilmu agar dapat membebaskan diri daripada belenggu kejahilan. Ayat tadi menggalakkan kita membelanjakan harta pada jalan Allah, dan tidak menunggu sehingga nyawa sampai di ghorgorah (kerongkong). Nabi SAW menyatakan yang dunia ini tempat beramal, dan hasilnya akan dituai diakhirat. Namun kebanyakan manusia akan menyesal setelah mati seperti yang disebut dalam ayat akhir surah An-Naba’: Allah memberi peringatan tentang azab Allah yang dekat kepada mereka yang ingkar. Sebab itulah Nabi SAW menyuruh kita merebut 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu: Muda sebelum tua Kaya sebelum miskin Lapang sebelum sibuk Sihat sebelum sakit Hidup sebelum mati Nilai zakat (2.5%) itu sangat kecil berbanding jumlah seluruh rezeki dan nikmat yang Allah berikan pada kita. Tergamakkah kita makan yang mewah-mewah sedangkan ada orang yang tidak ada duit yang cukup pun untuk makan? Manus

Tafsir ayat 15, 16-17, surah Ali-Imran, MTDM 15.02.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Tafsir ayat 15, 16-17, surah Ali-Imran Perbahasan ayat 15: Ayat ini mempunyai hubungan yang rapat dengan ayat sebelumnya iaitu sifat semulajadi manusia yang suka kepada wanita, anak-anak, harta dan tanaman. Kemudian Allah memberitahu bahawa itu semua cuma nikmat di dunia sahaja, maka tiada apa-apa nilai di akhirat. Huraian ayat terdahulu di sini . Bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Allah beberapa syurga.. Jadi, apa yang kekal? Allah menyuruh Nabi SAW mengkhabarkan bahawa yang lebih baik daripada semua itu ialah ‘jannatun’ –>  syurga-syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya, mendapat pasangan yang suci dan mendapat keredhaan Allah. Inilah alternatif (ganti) yang Allah beri di atas pengorbanan perkara yang manusia suka dengan apa yang Allah suka. Namun begitu, cuma pengorbanan orang yang bertaqwa akan mendapat ganjaran yang hebat ini. Orang ini perlu bertaqwa ke atas 6 pe

Rahsia Ayat Al-Kursi (2) – Tanyalah Ustaz 21.02.2013

Image
Ustaz Roslan Mohamed Stop! Baca ayat Al-Kursi dulu usai solat, bukannya habis 3 jam setengah pun!  Bacaan ayat 255, surah Al-Baqarah: Sahabat ditanya oleh Nabi SAW apakah ayat Al-Quran yang paling tinggi kedudukannya. Mereka terdiam kerana bagi mereka semua ayat Al-Quran mempunyai kedudukan yang tinggi. Nabi SAW pun memberitahu bahawa ayat Al-Kursi mempunyai kedudukan yang paling tinggi antara kesemuanya. Ayat ini perlu diamalkan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Syaitan paling tidak suka kepada orang yang membaca ayat ini. Ketika ayat ini diturunkan, diriwayatkan bahawa syaitan bertempiaran lari. Ayat kursi ini boleh merawat penyakit berkaitan akidah kepada Allah, dan juga menghalang  gangguan syaitan, jin dan iblis. Tapi sebelum diamalkan perlu difahamkan maknanya dahulu. Allah tidak kirimkan Al-Quran untuk dibaca semata-mata.  Nabi SAW berkata semulia-mulia surah dalam Al-Quran ialah Al-Baqarah, dan semulia-mulia ayat dalam surah Al-Baqara

“Tulis lebih baik daripada kamu mendengar, menghafal lebih baik daripada kamu menulis, dan memahami serta mengamalkan lebih baik daripada menghafal sahaja”

Image
Habib Abdurrahman bin Ali Masyur bin Hafidz Terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Kuliah Dhuha Muslimat 20.02.2013, Masjid Darul Ehsan, Taman TAR 6 wasiat bagi orang yang ingin mencari ilmu: 1 Perlukan kecerdasan 2 Perlu ada semangat untuk datang dan mencari ilmu, perlu membawa buku dan mencatit faedah (isi penting) 3 Perlu rajin – orang rajin akan berjaya, orang yang menanam pasti menuai 4 Perlu ada harta yang dibelanjakan 5 Perlu belajar daripada guru, atau sesiapa saja yang layak dan boleh memberi manfaat 6 Perlukan masa yang lama untuk cari ilmu. Dikatakan orang mencari ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad. Petua mudah menghafal Al-Quran: 1 – Betulkan niat menghafal untuk mendapatkan barakah ayat tersebut 2 – Baca ayat 164, surah Al-Baqarah sebelum tidur (siang atau malam) 3 – Amalkan ayat 1-6, surah Al-'Ala, baca 7x dengan menggenggam tangan, setiap kali selepas menghafal, untuk mengekalkan apa yang telah dihafal. Dalam meng

Rahsia Ayat Kursi (1) – Tanyalah Ustaz 20.02.2013

Image
Ustaz Roslan Mohamed Bacaan ayat 255, surah Al-Baqarah: Semoga kita berada dalam keredhaan Allah dalam setiap inci kehidupan kita. Semoga bertambah ilmu dan bertambah amal. Al-Quran merupakan nadi dan jantung kita, dan kita perlu cuba memahaminya. Dalam Al-Quran terkandung berbagai 1001 makna, rahsia dan hikmah. Ayatul kursi mengandungi tarbih (peringatan) untuk menggambarkan tentang keesaan, kehebatan dan kemulianNya. Sekiranya kita semakin memahami Al-Quran, maknanya kita semakin dekat dengan Allah. Jika sebaliknya, maknanya kita mengabaikan makanan dan minuman untuk rohani kita dan menjadikan kita ‘lapar’ denagn peringatan Allah. Ayat ini diturunkan sebagai panduan kepada Nabi SAW dan umatnya. Amalkan sentiasa untuk membaca ayat ini bersama maknanya, sehingga kita boleh menghafalnya. Ada satu kisah: Dalam satu riwayat dikatakan syaitan akan duduk di muka pintu rumah untuk menanam perasaan ragu-ragu antara suami dan isteri. Oleh sebab itu, dikatakan Nabi