Posts

Showing posts from April, 2013

"Redha dengan yang tak diberi" - Tafsir ayat 33-35, Surah Ali Imram, MTDM 19.04.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, KL Ulasan Ayat 33: Ayat ini membicarakan tentang kehendak Allah untuk memilih sesuai dengan kehendak, ilmu, qiraadah-Nya sebahagian daripada makhluk untuk menjadi istimewa di sisi Allah SWT. Ada orang yang dipilih kerana amal-ibadatnya, tetapi ada juga yang dipilih secara langsung oleh Allah agar seseorang itu menjadi orang yang rapat, dekat dan dimuliakan oleh Allah. Oleh itu, apabila melihat seorang yang soleh, wali atau orang yang disukai orang lain, maka ketahuilah bahawa orang itu telah dipilih oleh Allah mengikut kehendak-Nya. Ada hamba yang dikehendaki Allah menjadi hamba pilihan dan ada yang sebaliknya. Antara orang yang dipilih Allah ialah para anbiya'. Nabi Adam juga merupakan salah seorang daripada orang yang dipilih Allah. Tetapi bagaimana Adam dipilih daripada manusia sedangkan Nabi Adam merupakan manusia yang pertama. Ada dua makna ayat ini – Pertama - Nabi Adam as.

Anak Bapak (1) – Tanyalah Ustaz 17.04.2013

Image
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Sumber Bacaan surah Al-Fatihah: Surah ini ialah surah yang kita semua hafal. Hari ini ramai ayah berjaya mendidik anak berjaya dalam akademik. Tetapi alangkah malangnya jika ayah dan ibunya berperangai tidak baik, dan 'berjaya' mendidik anak menjadi seperti mereka juga. Anak ialah kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Oleh itu, amalkan surah Al-Fatihah ini, in sha Allah akan dapat menyelesaikan banyak masalah. Inilah cara rawatan yang kami gunakan dalam menangani masalah remaja mengandung anak zina, remaja ketagih seks, dadah dan seumpamanya. Kami minta ibu bapanya membaca surah Al-Fatihah (di luar solat), dan selepas ayat 5, doakan daripada hati, “Ya Allah, tolong lembutkan hati suami/isteri/anak sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud”. Isteri tidak perlu banyak berleter, sebaliknya banyakkan berdoa. Anak-anak akan lebih mudah mengikut apa yang ditunjukkan ibu bapa, bukannya apa yang ibu bapa cakap.

Menghargai Nasab (3) – Tanyalah Ustaz 14.04.2013

Image
Menghargai Nasab (3) – Tanyalah Ustaz 14.04.2013 Ustaz Muhammad Abdullah Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 180-183: Perihal Anak Tiri Dalam surah An-Nisa', ayat 22, Allah berfirman: Dalam ayat ini diterangkan bahawa seseorang tidak mengahwini ibu tirinya. Daripada sudut aurat antrara anak dan ibu bapa tiri adalah sepertid dengan anak sendiri, tetapi mereka tidak mewarisi harta. Antara adik-beradik tiri yang lain ibu dan lain bapa pula adalah seperti orang asing dan mereka boleh saling berkahwin. Contohnya, sebelum berkahwin kali kedua, seorang wanita telah berkahwin dan mempunyai anak. Dia kemudian berkahwin dengan lelaki yang juga telah mempunyai anak dengan isteri sebelumnya. Anak-anak mereka bukan mahram, dan perlu menjaga batas aurat masing-masing. Perihal Anak Menantu Aurat anak menantu dan mertua sama seperti anak sendiri, tetapi mereka tidak mewaris harta. Menantu dan ipar-duai perlu menjaga aurat kerana mereka bukan mahram. Ada 3 bentuk penguru

Mencintai Rasulullah SAW– Kenapa dan Bagaimana?

Image
Ustaz Muhadir Haji Joll Maulis@IKIM FM – Pilihan Utama Anda 19.04.2013 Serba sedikit ringakasan yang sempat diambil: Moga-moga kita termasuk orang yang sentiasa gembira dengan kehadiran Nabi SAW dan mencintai baginda. Kerana kecintaan Nabi itu sangat zahir pada diri baginda. Ketika bersama sahabat baginda, baginda berkata, “Alangkah rindunya untuk bertemu saudaraku”. Sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah, tidakkan kami ini saudaramu?” Baginda menjawab, “Tidak, kamu sahabatku”. Sahabat pun bertanya, “Siapa itu saudaramu?” Jawab Nabi SAW, “Sangat beruntung orang yang bertemu dan beriman denganku, tetapi beruntung (Ada riwayat mengatakan Nabi ulang 3x, ada riawayat kata 7x), orang yang tidak melihat aku tetapi beriman denganku”. Siapakah mereka itu? Mudah-mudahan kita tergolong dalam golong tersebut. Sebelum kita lahir lagi Nabi SAW sudah merindui kita. Adakah kecintaan yang lebih hebat daripada cinta ini? Disebut bahawa riwayat hidup Nabi sungguh ringkas. Makanannya cuma

“Ya Allah, aku minta kasih-sayang-Mu kepadaku” - Tafsir ayat 30 dan 31, Ali-Imran, MTDM 12.04.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, KL Sumber Perbahasan ayat 30: Ayat ini menyebut segala amalan manusia selama berada di muka bumi ini akan tercatit dan ada direkod di sisi Allah SWT. Ianya bertujuan agar amalan baik atau sebaliknya yang dilakukan manusia akan dapat dilihat semula di akhirat nanti. Ini bertujuan agar manusia berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Manusia mudah lupa apa yang telah dilakukannya, baik yang baik ataupun yang tak baik. Namun, tidak di sisi Allah, tiada lupa bagi Allah SWT, tiada yang 'miss' di sisi Allah. Perbuatan baik atau tidak baik, walaupun sebesar zarah akan dihisab di sisi Allah. Tak kira umur kita 60 atau 900 tahun lebih seperti kaum Nabi Nuh. Allah Maha tepat dalam perhitungan-Nya. Namanya pun Allah 'Ya Hasiib' – Yang Maha Menghitung dan tidak diberatkan langsung kepada Allah untuk menghitung segala yang dilakukan oleh makhluknya, baik daripada manusia

Tausiyah Istimewa Habib Salim bin Umar, MTDM 12.04.2013

Image
Habib Salim bin Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz Terjemahan oleh Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid MTDM 12.04.2013, Masjid Mu'az bin Jabal, Setiawangsa, KL Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan yang Esa lagi Tunggal. Tiada sekutu bagi-Nya. Allah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain diri-Nya. Begitu juga para malaikat serta orang-orang yang berilmu bahawanya Allah ialah Dzat Yang Maha Adil. Saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah utusan Allah. Moga-moga Allah SWT menggolongkan kita bersama baginda, ahli keluarga dan sahabatnya. Kita semua berada dalam acara yang dinisbahkan sebagai warisan Nabi SAW, disebabkan para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka mewariskan ilmu dan barangsiapa yang mengambilnya, sungguh mereka telah mengambil bahagian yang terbaik. Majlis seumpama ini, mereka yang menghadirinya, telah mengambil bahagian daripada wasiat Nabi Muhammad SAW. Di se

Niat Menuntut Ilmu Imam Al Haddad siri 7/7

Image
p/s: Alhamdulillah, semoga kita semua hafal dan faham maknanya, Amin.

Niat Menuntut Ilmu Imam Al Haddad siri 6/7

Image
p/s: Maaf, terlambat banyak daripada perancangan asal. Mohon doakan agar dipermudahkan dan dilapangkan urusan kerjaya yang agak banyak kebelakangan ini. Jzkk :)