Posts

Showing posts from June, 2013

Kawan atau Sahabat (2) – Tanyalah Ustaz 27.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Bacaan surah Az-Zukhruf, ayat 67-68: Islam mengajar bahawa persahabatan kita ini akan dibawa ke akhirat dan bukan sekadar di dunia sahaja. Di akhirat nanti akan rakan yang karib di dunia tapi bermusuhan di akhirat. Dalam satu hadis Nabi SAW menceritakan ada seorang sahabat yang ingin pergi melawat seorang sahabatnya. Allah hantar seorang malaikat kepadanya dan bertanya, “Kemana kamu mahu pergi”. Jawab sahabat itu, “Aku ingin melawat sahabatku”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah kamu mendapat apa-apa daripadanya?” Jawabnya, “Tidak, aku ingin melawatnya semata-mata kerana Allah”. Kata malaikat lagi, “Wahai si fulan, ketahuilah sesunggunya Allah menyayangimu kerana kau menyayangi sahabatmu kerana Allah”. Oleh itu, dalam bersabahat, niatkan untuk bersahabat sehingga ke syurga! Dalam bersahabat, adalah sunat untuk kita mengucapkan kasih sayang kepada rakan.

Kawan atau Sahabat (1) – Tanyalah Ustaz 26.04.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Bacaan surah Al-Furqan, ayat 27-30: Ayat-ayat ini merupakan ayat orang yang menyesal kerana tersilap pilih kawan. Menurut Abdullah bin Abbas, dialog ini merujuk kepada seorang bernama Uqbah yang pernah memeluk Islam. Namun setelah itu, kawan lamanya bernama Umayyah datang dan memujuknya kembali meninggalkan Islam dan dia pun terpengaruh dan mengikutnya. Maka, dia akan menjadi orang yang menyesal di akhirat ini. Walaupun cerita ini berlaku kepada Uqbah, namun pengajarannya adalah bersifat umum dan kita semua perlu mengambil pengajaran daripadanya. Oleh itu, kita perlu memilih kawan kerana Allah Ta’ala agar ianya menjadi satu ibadah bagi kita. Persahabatan sebegini akan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT. Salah satu keistimewaan sahabat yang berkawan kerana Allah akan mendapat perlindungan arasy Allah di akhirat nanti. Ada ulama membuat p

Cantik Yang Beracun (2) - Tanyalah Ustaz 25.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Dr. Sukki Othman Bacaan surah Ali-Imran, ayat 14: Manusia memang dijadikan tertarik kepada wanita, anak-anak, harta benda di dunia. Namun Allah ingatkan bahawa kehidupan dunia ini sementara saja dan manusia tidak sepatutnya terpedaya dan melupakan kehidupan akhirat. Ada ulama mengatakan bahawa ‘shahwat’ dalam ayat ini merujuk kepada perkara yang boleh menjadi hijab dengan Allah. Senarai soalan dan jawapan S: Adakah dibenarkan mencari jodoh dengan wanita yang cantik? J: Fitrah manusia memang sukakan sesuatu yang cantik. Tetapi dalam mencari jodoh, Nabi SAW mengajarkan agar melihat kepada kecantikan, harta, keturunan dan agamanya. Jika dapat keempat-empatnya itu memanglah yang terbaik. Jika tidak dapat, Nabi SAW mengajar mengutamakan yang beragama. Kecantikan fizikal akan hilang juga suatu hari nanti, tetapi kecantikan agama akan mewujudkan kecantikan akhlak dan membawa kebahagiaan

Cantik Yang Beracun (1) - Tanyalah Ustaz 24.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Dr. Sukki Othman Bacaan surah At-Taubah, ayat 24: Ayat ini menyatakan bahawa jika kita melebihkan kasih-sayang kepada keluarga dan kebendaan daripada berjihad di jalan Allah, maka Allah akan murka. Para ulama mengatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada orang yang enggan berhijrah ke Madinah. Mereka telah dihasut syaitan yang menjadikan keluarga dan harta milik mereka kelihatan lebih cantik daripada ganjaran Allah kepada orang yang berhijrah. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah yang dimaksudkan dengan “Allah itu cantik dan Allah suka kepada kecantikan”? J: Ini berdasarkan hadis Nabi SAW riwayat Muslim. Dalam satu kisah, seorang yang selekeh berjumpa Nabi SAW. Lalu Nabi SAW bertanya, “Adakah kamu mempunyai harta?” Jawabnya, “Ya, Allah mengurniakan padaku harta dalam bentuk unta, kambing dll”. Kemudian, Nabi SAW menyambung, “Tunjukanlah nikmat Allah itu pada diri kamu”. Dengan kata lain, Nab

Jom duduk dulu...

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Kita duduk lama sikit sambil baca zikir dan doa ini ..in sha Allah... والله أعلمُ بالـصـواب

Mari jadi "Hawariyyun" - Tafsir ayat 50-55, surah Ali-Imran, MTDM 14.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Majlis Ta’lim Darul Murtadza 14.06.2013 Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa KL Huraian ayat 50: Dalam ayat sebelum ini, telah diceritakan tentang jenis mukjizat yang diberi kepada Nabi Isa yakni, kebolehan mengubati penyakit yang doktor biasa tidak boleh ubati iaitu sopak, buta dan mati. Nabi Isa diutus dan diberikan kitab Injil, dengan tujuan untuk melengkapkan ajaran Nabi Musa yang diturunkan melalui kitab Taurat. Nabi Isa diberi ayat-ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan beberapa perkara yang pernah diharamkan di dalam kitab Taurat. Huraian ayat 52: “.. Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah?...” Nabi Isa diutuskan untuk meluruskan akidah kaumya yang telah terpesong. Bani Israel merupakan kaum yang paling banyak dikirimkan nabi dalam kalangan mereka. Daripada satu sudut, memang Bani Israel boleh berbangg