Posts

Showing posts from July, 2013

RISALAH AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN - Ustaz Muhadir Haji Joll

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Nota:   Sumber asal - FB PONDOK HABIB AMALAN UMUM : a) Sebolehnya beri’tikaf. b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’. c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri. d) Makan sedikit waktu iftar . e) Solat fardhu berjemaah. f) Solat Rawatib dan Nawafil. g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya. h) Bersedekah. i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu dan muzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain. j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan : 1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x) 2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x) 3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x) 4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x) AMALAN KHUSUS: PAGI: 1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah

Kelembutan Dalam Kehidupan – Islam Itu Indah 28.09.2011*

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Prof. Dr. Muhaya Muhamad Pagi tadi saya mendengar ‘audio book’ saya daripada buku bertajuk “Bimbingan Mukminin” yang menyebut – “Apabila seseorang itu bernasib baik, Allah akan memberikan dia sifat lemah-lembut. Siapa yang tidak bernasib baik, dia tidak ada sifat lemah-lembut ini.” Saya jadi takut mendengarnya dan tertanya-tanya adakah saya ini orang yang bernasib baik atau tidak. Sambungan audio book: “Apabila Allah ingin beri rahmat pada seseorang itu, Allah akan berinya sifat lemah-lembut. Jika Allah ingin beri rahmat kepada sesebuah keluarga, seluruh ahli keluarganya Allah akan buka pintu hati mereka berikan mereka sifat lemah-lembut.” Jadi, hari ini kita ingi merenung diri kita – adakah kita termasuk dalam golongan orang yang kasar ataupun yang lemah-lembut? Allah jadikan kita daripada tanah yang sifatnya lembut pada asalnya. Kemudian dimasukkan roh oleh Allah yang bersifat suci. Sebab itu, kita lih

Rahsia Ramadan (1) – Tanyalah Ustaz Ramadan 1434H 10.07.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim Bacaan ayat 183-184 surah Al-Baqarah: Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah – hadis ini sangat panjang, tapi ustaz cuba pendekkan – Rasulullah SAW berkhutbah pada petang penghujung Syaaban yang bermaksud, “Telah datang kepada kamu satu bulan yang amat barakah yang di dalamnya ada satu hari yang lebib baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar”. Seribu bulan ini bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Inilah kelebihannya – beribadat satu malam sahaja, dengan syarat Allah menerimanya, maka cukuplah amalan satu malam itu untuk memberi kelebihan dalam kehidupan seseorang. Dalam surah Al-Ankabut contohnya, Allah menceritakan tentang Nabi Nuh yang diberi usia yang sangat panjang iaitu 950 tahun. Umur kita hari ini dalam purata 60 tahun sahaja. Sebahagian ulama mengatakan 950 tahun itu usia beliau berdakwah sahaja, oleh itu umur sebenarnya lebih panjang lagi. Oleh itu, Na

“Belajar Menerima Cinta” - Celik Hati (2) TV9

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Prof. Dr. Muhaya Muhammad   Sumber video di My Islam Media Segmen 1: Refleksi Diri Video tadi menunjukkan abang berusia lingkungan 4 tahun mengajar adik perempuan berusia lingkungan 2 tahun mengaji. Sungguh comel gelagat mereka. Pada usia begitu, semua orang gembira, tidak tertekan, tiada yang sakit hati. Walaupun mereka berebut, tetapi tidak sampai bergaduh. Kita mesti belajar daripada mereka. Dahulu kita pun begitu, tetapi setelah meningkat dewasa, kita semakin ‘stress’ dan ingin dicintai. Jadi, saya ingin kenalkan rancangan ini yang bertujuan mencelikkan mata hati – agar dapat mengubah pandangan kita terhadap sesuatu dan agar kita melihat kepada Pencipta sesuatu dan bukan semata-mata kepada ciptaannya sahaja. Mari bayangkan, apabila bangun pagi dan lihat dalam cermin, apa yang kita nampak? Adakah kita suka dengan apa yang kita lihat dalam cermin? Adakah kita rasa bahagia bila tengok diri dalam cermin? Sel