Posts

Showing posts from August, 2013

Tentang Haji (2) - Tanyalah Ustaz 17.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Salahudin Mohamed Bacaan surat At-Taubah, ayat 3: Ayat ini diturunkan ketika Abu Bakar r.a. memimpin para jemaah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 9H. Ini bertujuan menunjukkan kepada kaum musyrikin cara melakukan haji mengikut Islam. Para musyrikin dahulu melakukan tawaf tanpa berpakaian, lelaki di siang hari dan wanita di malam hari. Inilah cara Nabi SAW mengubah mereka secara berperingkat. Falsafah ini perlu kita ambil dalam membentuk perubahan kepada kebaikan dalam keadaan kehidupan yang penuh ujian hari ini. Syeikh Ahmad Al-Fatani menggunakan masa ketika jemaah Tanah Melayu menunaikan haji untuk melatih dan menanam semangat untuk mempertahankan negara dan menghalau penjajah. Inilah kaedah yang diajar oleh para ulama kita. Ketika berhimpun di Arafah, kita perlu ingatkan diri bagaimana keadaaan kita nanti di padang Masyar. Sebagaimana dijelaskan oleh Nabi SAW, padang Masyar hanyalah seluas bumi Syam yang

Doa..dan doa..dan doakan terus menerus... :(

Image

Tentang Haji (1) - Tanyalah Ustaz 16.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Salahuddin Mohamed Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 144: Matlamat utama mengerjakan haji ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Alhamdulillah kepada mereka yang telah terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Dalam slot ini, kita akan membincangkan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum, ketika mengerjakan haji. Ayat yang dibacakan menceritakan tentang pertukaran kiblat ke Mekkah setelah 17 bulan berhijrah ke Madinah. Nabi SAW dipersendakan orang kafir kerana walaupun baginda benar, tetapi baginda tetap berkiblatkan Baitulmaqdis. Setelah itu Allah menurunkan ayat untuk menukar kiblat ke Mekah. Inilah sejarah yang perlu diketahui bakal haji. Sebelum pergi haji, fahami juga sejarah haji dan yang berkaitan dengannya agar Jemaah tidak melakukan apa yang tidak sepatutnya. Pertukaran kiblat ini menjadi ujian kepada kedua-dua golongan – umat Islam dan orang kafir. Kiblat milik Allah, jadi Allah berhak menentukan seperti yan

Mohon doakan suardara kita di Mesir dan seluruh dunia...

Image
Sumber Ulang baca doa ini sebanyak-banyaknya untuk semua saudara Islam kita...Amin..Allahumma..Amin..Jzkk pada semua...

Kesan Ramadan (1) – Tanyalah Ustaz 14.08.201

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Jazlan Abdullah Sumber: Majalah JOM Bacaan surah Al-Anfal, ayat 2-4: Alhamdulillah, Allah izinkan kita bertemu dalam keadaan beramal kepada-Nya. Alhamdulilllah, Allah berikan nikmat Islam, iman, rezeki yang halal, kesihatan dan banyak lagi. Alhamdulillah, Allah telah beri kita kesempatan dan kesihatan untuk berada dan beribadat penuh dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah, Allah beri kita keampunan, rahmat dan kebebasan daripada api neraka. Alhamdulillah, Allah beri kita Lailatul Qadar. Kesan Ramadan ada banyak, antaranya ialah: Lebih ketaqwaan kepada Allah – Taqwa ialah mentaati suruhan dan meninggalkan larangan Allah. Rasa nikmat dalam ibadat setelah dididik sebulan beribadat dalam bulan Ramadan Rasa diri lebih baik Lebih kasih kepada faqir dan miskin Rasa lebih bertanggungjawab mentadbir harta kita Senarai soalan dan jawapan S: Apakah kelebihan taqwa di dalam kehidupan orang mukmin? J: Mukmin ialah oran

Memahami & Menghayati Al-Quran (1) – Tanyalah Ustaz 12.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Asrul Nizam Abas Bacaan surah An-Nisa’ ayat 82: Hari ini kita akan membincangkan kepentingan mentadabbur isi Al-Quran. Tanpanya, bagaimana kita akan mendidik diri dan keluarga kita. Terdapat banyak ilmu dalam Al-Quran – tapi kita perlu memahami kandungannya terlebih dahulu. Mulakan belajar maknanya dengan surah lazim terlebih dahulu. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah maksud tadabbur Al-Quran? J: Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi, Allah menyatakan bahawa jika Quran tidak ditadabburkan, akan berlaku perselisihan faham dalam masyarakat. Oleh itu, ulama seperti Imam Al-Rozi, Imam Al-Baghawi menyatakan konsep taddabbur ialah memerhatikan kepada akibat dan kemungkinan terhadap sesuatu. Manakala ulama tafsir pula menyatakan maksud tadabbur ialah mengamati, meneliti, mengkaji maksud yang ingin disampaikan daripada Al-Quran. Dimana lagi kita ingin mencari solusi sekiranya kita tidak memahami kandungan Al-Quran? Wal

Salam Aidilfitri 1434H

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته تقبل الله منا ومنكم Mohon maaf salah dan silap, semoga sudi terus membaca perkongsian di blog ini.