Posts

Showing posts from September, 2013

Yang menyebut akan disebut namanya... ;)

Image

Amalan Allahyarham Al-Habib Munzir untuk bertemu Rasulullah dalam mimpi

Image
Perhatian: Sumber asal diperoleh daripada FB Cinta Rasul (GENG Usrah)  dan saya menyunting sedikit daripada sudut bahasa untuk memudahkan pembacaan rakyat Malaysia. Al-Habib Munzir Al-Musawa Amalan Menurut Habib Munzir Al Musawa untuk dapat bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi. Bermula dari pertanyaan singkat ‘Bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan Rasulullah  SAW  ?’. Berikut ialah jawapan Habib  Munzir: Mengenai berjumpa dengan Rasul SAW adalah dengan merindukan baginda  SAW  dan memperbanyakkan amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak selawat. Baginda SAW mencintai kita dan memerhatikan kita lebih daripada ayah bonda kita. Baginda  SAW  adalah ayah roh bagi semua ummatnya, maka roh kita tetap mudah berhubungan dengan roh baginda saw, melalui mimpi misalnya, nah.. perkuatkan hubungan roh anda dengan roh beliau saw dengan selawat ini : ”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur”   Maksudnya: Wahai

Al-Fatihah buat Al-Habib Munzir Fuad Al-Musawa (Pemimpin Majelis Rasulullah S.A.W Jakarta)

Image
Sumber gambar dan maklumat: Majlis Ta'lim Darul Murtadza Mari sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada Al- Habib Munzir bin Fuad bin Abdurrahman bin Ali bin Abdurrahman bin Ali bin Aqil bin Ahmad bin Abdurrahman bin Umar bin Abdurrahman bin Sulaiman bin Yaasin bin Ahmad Almusawa bin Muhammad Muqallaf bin Ahmad bin Abubakar Assakran bin Abdurrahman Assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi Alghayur bin Muhammad Faqihil Muqaddam bin Ali bin Muhammad Shahib Marbath bin Ali Khali' Qasim bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Almuhajir bin Isa Arrumiy bin Muhammad Annaqibm Ali Al Uraidhiy bin Jakfar Asshadiq bin Muhammad Albaqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein Dari Fathimah Azahra Putri Rasul saw. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya. Amin. Pada yang berkelapangan, dijemput menghadirkan diri ke majlis  solat ghaib & bacaan tahlil untuk Al-Habib Munzir Fuad Al-Musawa, anjuran  Majlis Ta'lim Darul Murtadza,  seperti perincian di bawah: Tarikh

Doa Malaikat – Tanyalah Ustazah 2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustazah Norhafizah Musa Credit to TV9 Bacaan surah Al-Ghafir, ayat 7-8: Bagi kita, jika dapat minta orang soleh mendoakan kita, akan sudah rasa lapang hati. Tetapi apabila kita bercakap tentang malaikat, iaitu makhluk yang sentiasa mentaati Allah, maka doa mereka pasti lebih hebat. Senarai soalan dan jawapan S: Siapakah malaikat dan makna keimanan kepada mereka? J: Menurut Syed Thabit dalam kitab Aqidah Mukmin – malaikat ialah kelompok tertinggi yang termasuk hal-hal ghaib. Malaikat ada di sekeliling kita tetapi kita tidak nampak. Untuk meyakini mereka, kita perlu melalui Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Mereka ini disucikan Allah daripada nafsu dan syahwat, daripada maksiat dan kesalahan. Pernah suatu hari, malaikat menyerupai lelaki kacak dan pergi menemui Nabi Ibrahim, seperti yang dikisahkan dalah surah Hud, ayat 69-73. Antara ayat itu berbunyi: Setelah melihat lelaki-lelaki itu tidak menjamah makanan yang dihidangka

Bebas Bukan Terbabas (3) - Tanyalah Ustaz 01.09.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Ali-Imran, ayat 185-186: Semoga ada pengajaran yang dapat diambil daripada apa yang dibincangkan selama 3 hari ini untuk kita saling melengkapi. Kehidupan di dunia dipenuhi ujian untuk menguji tahap keimanan. Dibelakang kita ada barzakh yang menanti sebelum kita akan bertemu dengan Allah SWT. Ada satu doa yang kita selalu baca: “Ya Allah, jadikanlah kehidupan bagi kami ini penambahan bagi segala aspek kebaikan dan kematian buat kami ini sebagai kerehatan daripada segenap keburukan dan kejahatan.” Erti kebebasaan yang sebenar bagi manusia ialah sesudah dia mati – apabila direhatkan daripada segala kesusahan. Namun, usaha untuk membebaskan diri perlu dilakukan ketika di dunia. Hakikat kebebasan yang sebenar dihuraikan Allah SWT dalam bahagian kedua ayat 185 itu – “… dimana akan disempurnakan balasan amal manusia dan mereka yang berjaya masuk ke syurga ialah mereka yang berjaya dan beruntu

Bebas Bukan Terbabas (2) - Tanyalah Ustaz 31.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Yusuf, ayat 32-35: Semoga hari kemerdekaan yang kita sambut hari ini memberi erti kemerdekaan yang sebenarnya. Kenapa saya memilih ayat berkaitan penjara sedangkan kita bercakap tentang soal kebebasan? Sebab ayat ini memurnikan kebebasan dalam erti kata yang sebenar, dalam erti kata yang lebih menepati maksud kebebasan. Bilamana Nabi Yusuf diuji oleh ibu angkatnya sendiri, ketika dia berusia remaja dengan rupa yang tampan, dia memilih untuk masuk penjara. Kenapa Nabi Yusuf memilih penjara dan berdoa pula dengan mengatakan yang penjara itu lebih baik bagi dirinya? Inilah orang yang memahami erti kebebasan yang sebenar. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah – orang yang berada di dalam kesempitan, terutamanya nabi-nabi, akan menukar suasana kesempitan kepada nikmat dan kegembiraan beramal dan bermunajat kepada Allah. Bagi mereka, kebebasan tidak tersekat dengan terkurung di dalam penjara, tetapi ke

Bebas Bukan Terbabas (1) - Tanyalah Ustaz 30.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Al-Kahfi ayat 7-10: Alhamdulillah kita dihimpunkan dalam ruang majlis ilmu yang sangat diberkati. Hari ini kita akan bincangkan tajuk berkaitan hari kemerdekaan – “Bebas jangan sampai terbabas.” Kelebihan surah Kahfi ialah untuk dibaca pada setiap hari Jumaat kerana ianya akan memberi cahaya daripada satu Jumaat kepada Jumaat minggu seterusnya. Maksudnya, cahaya surah Kahfi ini tahannya cuma seminggu sahaja – bila sudah hampir seminggu itu maknanya ianya akan gelap semula, dan perlu dibaca semula untuk memperbaharui cahaya tersebut. Saya memilih untuk membacakan ayat ayat-ayat ini kerana pada ayat ke-9 diceritakan bagaimana Nabi SAW ditanya berulang-kali tentang kisah umat terdahulu untuk menguji kerasulan baginda. Maka, Allah menurunkan wahyu untuk menceritakan kisah umat terdahulu sehingga seolah-olah Nabi SAW berada bersama-sama mereka dan mengalami situasi yang tersebut. D