Posts

Showing posts from October, 2013

7 zikir 100 kali

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Sumber asal: FB PONDOK HABIB 7 Dzikir Yang Dibaca Seratus Kali. 7 kalimah dzikir mulia ini bagus untuk diamalkan berdasarkan nadis Nabi Muhammad SAW yang setiap harinya dibaca seratus kali, iaitu :- 1. LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH saratus kali. قال النبي صلى الله عليه وسلم: مَنْ قَالَ كُلَّ يَوْمٍ لا إلٰهَ إلاَّ الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله مَائَةَ مَرَّة جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالقَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ Nabi saww. bersabda: “Barangsiapa setiap hari membaca LAA ILAAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASUULULLAAH (Tiadak ada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah) sebanyak seratus (100) kali, maka ia datang pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama”. (Kitab Lubabul Hadits) 2. LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIKA LAHU LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR seratus kali. حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ سُمَيٍّ مَوْلَى أَبِي بَكْرٍ عَن

Amalan Hari Arafah (14.10.2013)

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Sumber asal FB Page Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Hari Arafah jatuh pada 14.10.2013 (Isnin). Amalan yang kita digalakkan melakukannya adalah seperti berikut: 1. Berpuasa sunat hari Arafah. 2. Membaca Al-Quran dan berzikir seperti disarankan dibawah. Boleh dimulakan selepas waktu Maghrib hari Ahad 13.10.2013 lagi.  3. Menghadiri Majlis Bacaan Doa Hari Arafah 1434H. Maklumat seperti tertera: Tarikh : 14/10/13 Hari : Isnin Masa : Bermula jam 4:00pm Lokasi : Masjid Muadz bin  Jabal Setiawangsa, KL Dipimpin : Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid Tentatif majlis : • Solat fardhu asar berjemaah. • Zikir khas Dzulhijjah & doa Arafah. • Buka puasa (InsyaAllah akan disediakan oleh pihak masjid). • Solat fardhu maghrib berjemaah. • Takbir raya. • Solat sunnat Tasbih. • Solat fardhu Isyak berjemaah. • Bersurai. Terbuka buat setiap lapisan masyarakat & mohon sebarkan.  Jom sama-sama kita beramal.   تَقَبَّلَ اللّ

Tafsir ayat 71-74, surah Ali-Imran, MTDM, 13.09.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar A-Hamid Apa yang kita takutkan untuk menterjemahkan Islam yang kita mulia dengannya kepada orang bukan Islam? Sumber asal video Darul Murtadza Ayat 71: Ayat menceritakan buruknya seseorang dan wasilah (tipu helah atau usaha) untuk menyesatkan orang lain, yakni buruknya individu itu dan buruknya perbuatan yang dilakukannya itu. Orang jahat yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah ahli kitab, dan mereka menginginkan orang baik menjadi jahat. Jika seseorang berbuat jahat – tanpa mengajak orang lain, maka dia tidaklah seteruk orang yang dirinya berbuat jahat dan mengajak orang lain juga berbuat jahat bersamanya. Ahli kitab telah diberi kitab sebelum orang-orang beriman (orang Islam) lagi, dan sepatutnya mereka menjadi teladan baik kepada orang-orang yang lahir selepas mereka atau orang yang mendapat kitab selepas mereka. Tetapi, sebaliknya, mereka tidak mahu menerima hidayah dan men

Subhanallah...

Image

Korban Cinta (2) – Tanyalah Ustaz 05.10.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Bacaan ayat 207, surah Al-Baqarah: Allah sebut dalam ayat ini bahawa cuma sebahagian manusia yang sanggup berkorban untuk mendapatkan keredhaan Allah. Moga-moga kita semua termasuk dalam golongan ini. Amin. Bila sebut korban – maknanya mestilah sesuatu yang kita sayang, atau penting bagi kita. Kalau berikan selipar jepun yang sudah putus sebelah itu tidaklah dinamakan korban! Ada yang tanya di email/facebook – Adakah perlu mengorbankan cinta kekasih demi mendapatkan restu ibu bapa? Ya, kerana cinta Allah adalah melalui redha ibu bapa. Ibu bapa yang lihat anak dalam kesusahan akan sanggup berkorban demi menyelamatkan anak mereka, contohnya jika berlaku lemas atau kebakaran. Para sahabat Nabi SAW dahulu juga banyak berkorban demi Islam. Salah seorang daripada bernama Zaid ibnu xxx, dan dia diseksa oleh Abu Suffiyan yang masih belum Islam ketika itu. Nabi SAW sudahpun berhijrah ke Mad