Posts

Showing posts from November, 2013

Muhammadku (siri 7): Rasulullah SAW & Jiran - 22.11.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid TV3 Video Selalulah kita memulakan dengan doa - dengan harapan doa itu menjadi wasilah dan pembuka kepada apa yang kita akan dengar dan diberi keupayaan untuk mengamalkan apa yang kita dengar, InshaAllah. Satu perkara yang terkait kepada manusia dan jin ialah hak. Allah membahagikan hak kepada 2 iaitu hak kepada Allah, dan hak antara manusia. Hak antara antara manusia ada banyak jenis iaitu hak kepada: ·       diri sendiri ·       keluarga ·       jiran ·       sahabat ·       alam dsb   Hak kita kepada Allah ialah beriman kepada-Nya, dan jika kita tunaikannya, Allah akan beri hak kita iaitu memasukkan kita ke syurga. Jika kita tidak menunaikan hak kepada Allah, maka tiada makna kita menunaikan hak kepada orang lain, walaupun itu adalah perkara yang baik. Setelah hak Allah, Allah letak beberapa hak lain iaitu, dalam firman Allah: “Sembahlah Allah dan j

Solatlah Anakku – Tanyalah Ustazah 15.11.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Ustazah Norhafizah Musa Masjid Al-Falah, USJ 9, Karnival Raudha di Hatiku Bacaan Al-Quran: Dalam ayat ini, ustazah rasa sebak kerana takkala Allah sebut “Sembah Aku”, amalan yang akan dilihat sebagai menunjukkan kita ini benar-benar hamba Allah ialah – “..dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.” Adapun perintah dalam surah Taha ayat 132 pula berbunyi: Dalam menyentuh bab solat anak-anak, ada banyak program remaja yang ustazah hadiri, contohnya ada satu program bersama pusat pengajian tinggi, 90 orang peserta, bila ditanya secara jujur siapa antara mereka yang menjaga solat 5 waktunya, hanya 11 orang yang mengangkat tangan. Ini ialah realiti dunia hari ini – betapa ramainya orang yang meninggalkan solat. Kita jangan ingat itu anak orang lain, kerana manalah tahu satu hari nanti anak kita kahwin dengan orang yang tidak solat, cucu kita kahwin dengan orang yang tidak solat. Oleh itu, kita membicarakan dalam majlis

"Jika nak beri, beri orang barang yang kita paling suka" - MTDM 15.11.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Tafsir Al-Imran ayat 92: Ayat ini menyeru kepada kita dan meminta untuk kita ‚ respond ’   - bilamana Allah menyeru sesuatu, hamba diminta memberi respon kepada seruan tersebut sebagai tanda kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Dalam ayat ini, Allah berfirman: " Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan ‚ al-birra ’..."   Al-birr mempunyai banyak makna iaitu: 1.      Syurga -> Kamu tidak akan sampai kepada syurga 2.      Taat -> Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan orang yang taat 3.      Taqwa -> Kamu tidak akan dikategorikan sebagai orang yang bertaqwa 4.      Kebajikan/kebaikan -> Kamu tidak akan sampai kepada peringkat orang yang berbuat kebajikan. Walaupuan ahli tafsir memberikan 4 makna – dalam keempat-empat maknanya tidak bertentangan sebaliknya saling melengkapi iaitu tujuannya ialah syurga. Yakni tidak akan mencapai syurga kecual