Posts

Showing posts from January, 2014

"Yang dipanggil adalah hati..." - Tafsir Surah Ali-Imran, ayat 116-119

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza 24.01.2014 Sumber video asal:  http://bit.ly/Mu7Ekc Ayat 116: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir, harta benda mereka dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat menyelematkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya.” ” Antara perkara yang manusia harapkan untuk memberi perlindungan dan pergantungan apabila menghadapi kesusahan ialah harta, takhta atau anak-anak. Bilamana ini yang menjadi keyakinan kaum Kafirin, dan apabila Nabi Muhammad SAW mengingatkan mereka tentang akhirat, mereka mengatakan bahawa anak, harta dan takhta akan menyelesaikan masalah dan melindungi mereka. Maka, Allah SWT berfirman dalam ayat ini ‘ lan tughni ’ -   sekali-sekali tidak mungkin dapat mencukupi kepada mereka atau membela mereka (orang kafir). Apa yang tidak dapat membela mereka? Harta, dan juga ana

“Adalah aib bilamana seseorang itu menunda-nunda daripada melakukan kebaikan”

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Tafsir Quran Surah Ali-Imran, ayat 113-116,  MTDM 17.01.2014 Sumber video Darul Murtadza:  http://bit.ly/1ij8Nbq Photo credit to Darul Murtadza Ayat 113: “Ahli kitab itu tidak sama …” Ayat ini mempunyai hubungan dengan ayat sebelum ini tentang ahli kitab – mereka ada kitab Taurat/Injil yang didalamnya ada kebenaran tentang kebenaran Nabi Muhammad SAW tetapi mereka mengkufurinya. Lebih daripada itu, ulama-ulama mereka menyembunyikan atau memalsukan ayat-ayat yang didalamnya ada sifat-sifat tentang Nabi Muhammad SAW demi mengelirukan pengikut-pengikut mereka. Tetapi tidak semua ahli kitab bersifat begitu, tidak semua tidak beriman kepada Rasulullah SAW, tidak semua ahli kitab yang tidak   mengenali Rasulullah SAW. Ada juga antara mereka yang beriman kepada Allah Ta'ala. Di sini, Allah Ta'ala menyatakan yang tidak semua ahli kitab tidak beriman. Allah memberitahu aga

Tafsir Quran Surah Ali-Imran, ayat 104-107, MTDM 27.12.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid   MTDM 27.12.2013 Ayat 104: “Dan hendaklah ...” Ayat ini adalah ayat anjuran daripada Allah yang juga mempunyai makna cabaran kepada orang yang ingin menyahut seruan tersebut.  “… ada di antara kamu..” Tanpa menentukan jantina/bangsa/negara/keturunan/warna kulit, siapa antara kamu yang ingin menjadi… “..golongan (umat) yang menyeru kepada kebaikan…” Seruan ini datang daripada Yang Maha Pencipta kepada makhluk yang dicipta-Nya. Setiap hamba itu, kepada tuannya, hanya ada satu sifat sahaja - iaitu dengar dan patuh. Akan tetapi di situ, ada hamba yang mendengar, yang patuh dan bertindak cepat dalam menyahut seruan (‘respond’). Allah Ta'ala ketika menyeru kepada hamba-hamba-Nya untuk mentaati perintah Allah, adalah dengan cepat dalam menyahut seruan. Dalam ayat 24, surah Al-Anfaal, Allah berfirman: Daripada ayat ini, bilamana Allah dan Rasul-Nya menyeru dan k