Posts

Showing posts from February, 2014

Awet Muda (2) – Tanyalah Ustaz 2014

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Ustaz Halim Din* Bacaaan surah An-Nisa’ ayat 116-121: Awet muda itu sesuatu yang bersifat kecantikan, keindahan. Dalam hadis Bukhari ada direkodkan hadis yang berbunyi, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.” Tetapi kecantikan yang kita cari bukanlah semata-mata kecantikan diri tetapi kecantikan yang membawa kita kepada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW menunjukkan contoh dirinya sebagai seorang manusia yang indah di luar dan di dalam. Namun hari ini, ramai orang yang kerana ingin cantik tidak peduli lagi kepada apa yang halal dan haram dan sanggup menggunakan khidmat sihir sehingga membawa syirik kepada Allah SWT. Penampilan Nabi Muhammad SAW itu sejuk mata memandang – maknanya orang memandangnya berseri-seri. Sebaliknya orang yang tidak terurus nampak seperti orang yang bermasalah. Nabi Yusuf dikatakan antara orang yang sangat cantik – dikatakan mempunyai separuh kecantikan lelaki da

Ingin Mimpi Jumpa Nabi

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Majlis Rasulullah Engkau Tetap Hidup Dalam Hati Kami 26.01.2014 Ustazah Norhafizah Musa Berikut sedikit perkongsian daripada Ustazah Norhafizah Musa: Amalan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk mimpi bertemu Rasulullah SAW (sumber rujukan daripada buku “Ingin Mimpi Jumpa Nabi”) Solat sunat 2 rakaat pada malam Jumaat dengan: Pada rakaat pertama, selepas baca Al-Fatihah, baca ayat Kursi 1x, kemudian baca surah Al-Ikhlas 15x Pada rakaat pertama, selepas baca Al-Fatihah, baca ayat Kursi 1x, kemudian baca surah Al-Ikhlas 15x (sama) -        Tapi sebelum tahiyat akhir, selawat 1000x seperti berikut: اللهم صل على سيدنا محمد   النبي الأمي -        Kemudian, berdoalah setulusya kepada Allah, selawat dan tidur. Disebut dalam kitab tersebut, InshaAllah tidak datang Khamis yang lagi satu kecuali telah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Jika belum dapat, jangan marah ustazah pula, itu Allah

Amalan Termakbul atau Tertolak (1) – Tanyalah Ustaz 2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Nor Raihan Abdul Aziz* Bacaan surah Ad-Dhuha: Dalam surah ini, Allah bersumpah demi waktu Dhuha – waktu sekarang ini, dan diakhir ayat ini agar kita tidak mendustakan nikmat yang diberi-Nya. Semua orang nak masuk syurga tapi adakah kita layak dengan amalan yang kita lakukan? Inilah yang akan dibincangkan. Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun – berfikir adakah amalan yang kita lakukan ini boleh membawa kita ke syurga? Syurga yang amat mahal, milik Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Tiada seorang pun boleh mengharapkan amalannya akan bawa dia ke syurga”. Sahabat pun bertanya, “Walaupun tuan?” Jawab baginada, “melainkan dengan amalan saya Allah ampunkan dan rahmati saya.” Jadi, memang dengan amalan kita, kita tak boleh berharap untuk ke syurga, tetapi kenapa kita beramal? Untuk mendapatkan ampun dan rahmat Allah Ta'ala. Inilah sebabnya kita beramal. Orang yang melangkah ke surau/masj

7 Wasiat Allah SWT dalam Surah Hujurat - Maulid MTDM Feb 2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Maulid Bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza (Februari 2014) Sumber rakaman:  Tausiyah Ustaz Hazri Hashim Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Tausiyah Jemputan Ustaz Mohd Hazri Hashim* Pemimpin Majlis Ta’lim Darul Muhajirin Bacaan surah Al-Anbiya, ayat 107: Semakin dekat kita kepada rahmat Allah, maka semakin dekatlah kita kepada kecintaan kepada Allah SWT, dan jalan untuk mendapat kasih sayang Allah Ta'ala adalah dengan mengikuti dan menteladani Rasulullah SAW. Umpama timur dan barat, utara dan selatan, semakin kita dekat dengan rahmat Allah, semakin kita jauh daripada maksiat dan kemurkaan Allah.   Kita berpaling daripada rahmat Allah Ta'ala maksudnya kita, Na’uzubillahiminzalik, mendekat kepada kemurakann Allah Ta'ala. Imam Al-Baghawi menyatakan yang cinta kepada seseorang terbahagi kepada tiga, iaitu: -        Cinta kerana hormat, contoh: cinta kepada ibu bapa -