Posts

Showing posts from April, 2014

"Mari berdamai kepada Allah SWT" - MTDM 14.03.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid* Video rakaman MTDM: MTDM 14.03.2014 - Tafsir Quran 142-14 4 MTDM 14.03.2014 - Riyadus Solihin Tausiyah Tetamu Istimewa: Habib Abdurrahman As-Seggaf Tausiyah Tetamu Istimewa: Syeikh Qadir Al Baihani Bahagian 1: Tafsir Quran, surah Ali-Imran, ayat 142-144. Kesimpulan ayat-ayat sebelum ini (139-141): Kemenangan kaum muslimin dalam Perang Badar adalah lebih besar berbanding kemenangan kaum musyrikin dalam Perang Uhud. Rujuk nota kelas sebelum ini <link>. Ayat 142: Allah SWT sudah membeli daripada orang-orang beriman harta mereka, dan nyawa mereka dengan syurga. Antara hamba dan Allah, yang mana manusia, dirinya pun tak dimiliki, tapi dimiliki Allah, tapi nyawa itu dijadikan seakan-akan milik kamu, dijual kepada Allah, dengan bayaran syurga. “Adakah kamu menyangka mudah saja masuk syurga tanpa halangan?” Adakah kamu menyangka mudah saja boleh masu

"Demi Cinta Allah - Bersabarlah & berbuat ehsan" - MTDM 28.03.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Sumber video rakaman Darul Murtadza Tafsir Quran surah Al-Imran ayat 145-148 Ayat 145: Ayat membicarakan tentang nasib yang akan menimpa setiap yang bernyawa, hanya saja yang menentukan nasib itu – bila datangnya dan dalam keadaan apa – hanyalah Allah SWT. Itulah kematian. Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Sebab boleh pelbagai, tapi mati itu adalah satu. Yakni ada orang meninggal dunia di atas katil, ketika berjalan, ketika memandu, ketika naik kapal terbang atau kapal lau atau apa saja. Sebab berpisahnya roh dengan jasad itu boleh pelbagai. Akan tetapi dalam ayat ini, Allah Ta'ala ingin memberitahu agar umat manusia menyedari dan memahami bahawa tidak ada sesiapa yang boleh mengizinkan untuk sesuatu makhluk itu mati kecuali Allah Ta'ala.  Tak seorang pun, tak ada makhluk apa pun juga yang   mempunyai hak autoriti untuk mematikan orang la