Posts

Showing posts from May, 2014

Tentang KUSYUK - Kuliah Dhuha Muslimat, MDE 20.05.2014

Image
  بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ   Petikan sebahagian daripada Kuliah Dhuha Muslimat Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, 20.05.2014 bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid* Surah Al-Baqarah, ayat 238: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.” Bagaimana solat seseorang itu dikatakan kusyuk? Kusyuk ialah menghadirkan diri, tunduk dan patuh kepada Allah di dalam solat. “ Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman, yang di dalam solatnya kusyuk. ” Dalam hadis disebutkan, “ Ilmu pertama yang diangkat Allah SWT daripada muka bumi ialah ilmu kusyuk. ” Diangkat oleh Allah bukan bermakna Allah ambil, tak … sebab dah tak ada lagi orang nak solat kusyuk atau yang memerhatikan kusyuk di dalam solat sehingga tak lagi wujud di dalam solat al-kusyuk. Di dalam hadis Nabi SAW d

Untung Rugi Memberi (1) – Tanyalah Ustaz 16.05.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ   Untung Rugi Memberi (1) – Tanyalah Ustaz 16.05.2014 Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 254: Ringkasan huraian: Semua rezeki yang ada pada kita adalah daripada Allah SWT dan bukan semata-mata kerana kebijakan/kebolehan kita. Kiamat yang dimaksudkan boleh jadi kiamat kecil dengan kematian kita, atau kiamat yang sebenar. Namun, ulama mengatakan kiamat yang dimaksudkan dalam ayat ialah kiamat yang sebenar. Pada hari kiamat nanti – keluarga, zuriat, kawan tidak lagi dapat memberi syafaat (pertolongan) kecuali apa yang Allah izinkan. Orang-orang kafir adalah orang yang zalim kerana mereka sukar memberi dan kita dilarang mengikuti sifat mereka. Apa maksud memberi?  Member nafkah yang wajib, minimum ada 2: Nafkah kepada isteri dan anak-anak (keluarga) mengikut kadar kemampuannya. Zakat bagi yang cukup nisabnya. Tambahan nafkah yang wajib pada sebahagian orang: Kafarah untuk mensucikan diri da

“Sampaikan hajat orang lain, angkat kesusahannya dan permudahkan untuknya” - Maulid Bulanan MTDM Mei 2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Maulid Bulanan MTDM Mei 2014 Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid   Sumber rakaman video MTDM Semoga kita termasuk daripada golongan orang beriman, dan mengambil manfaat daripada apa yang disampaikan tadi (oleh Al-Fadhil Ustaz Hassan Saifu Rizal) berkenaan galakan meningkatkan ibadah kepada Allah SWT khususnya di bulan yang diberkati oleh Allah SWT, yang juga salah satu bulan yang diharamkan Allah Ta'ala daripada 12 bulan. Cukup menjadi kemuliaan bagi bulan apabila diasingkan daripada 12 bulan yang lainnya menjadi bulan haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab. Semoga kita termasuk orang-orang yang memanfaatkan kemuliaan bulan Rejab dengan meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT, membanyakkan beristighfar, meniru kepada Sayyidul Mustaghfiru – meniru kepada penghulu orang yang berishtighfar, meniru kepada penghulu orang-orang yang meminta maaf kepada Allah SWT walaupun beliau tak mempunyai