Posts

Showing posts from June, 2014

Selawat yang memenatkan malaikat 1000 pagi

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Selawat ini dikongsikan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll dalam Rancangan Maulid@IKIMfm 05.06.2014. Jom kita amalkan bersama, inshaAllah.

"Kenali & tutup pintu kelemahan diri agar tak diganggu syaitan" - MTDM 25.04.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Majlis Ta'lim Darul Murtadza 25.04.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakaman MTDM - Tafsir Sumber rakaman MTDM - Riyadhus Solihin Sumber rakaman MTDM - Kitab Bidayatul Hidayah BAHAGIAN 1 - Tafsir Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 155-159 Ayat 155: ”Mereka yang lari telah digelincirkan syaitan” Allah SWT menceritakan tentang kekalahan yang dialami kaum muslimin dalam Perang Uhud, sebab larinya kaum Muslimin, sebab terbunuhnya 70 orang daripada   kaum Muslimin dalam Perang Uhud. Sesungguhnya punca khilaf dan pelanggaran yang dilakukan adalah kerana tipu daya syaitan. Syaitan yang meminta kamu supaya tergelincir. Syaitan yang menipu daya kamu untuk berbuat khilaf, sehingga dengan itu kamu melanggar perintah Rasulullah ﷺ, dan dengan pelanggaran itu Allah Ta'ala memberi kekalahan kepada kamu. Jadi, ayat ini bukan sekadar bercerita tentang kalah, sebab permasalahan kalah

"Hati kamu dipantau Allah SWT" - MTDM Istimewa bersama Habib Muhammad Abdullah As-Saggaf (Fattibouni)

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ MTDM 23.05.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakaman audio: https://drive.google.com/ file/d/ 0BzJxIOA5sA8JY2RkRUtYLXVFbE k/edit?usp=sharing Sumber gambar: MTDM Bahagian 1 Surah Ali-Imran ayat 169-173 Ayat 169: Allah SWT bercerita tentang hakikat kehidupan yang dianggap oleh sebahagian orang bahawa orang yang meninggal dunia itu mati. Akan tetapi dalam ayat ini, Allah SWT bercerita tentang segolongan manusia yang berpindah daripada alam dunia kepada alam barzakh, tetapi golongan ini dilarang untuk dikatakan mereka mati, iaitu golongan as-syuhada. Apakah itu kematian dan maksud daripada hakikat kehidupan yang sebenar? Dalam Al-Quran nul Kareem Allah SWT bercerita tentang erti kehidupan yang sebenar. Allah SWT tidak mengatakan bahwa kehidupan yang sebenar itu   bukan ketika kita berada di dunia, kerana kehidupan di dunia ini tidak luput daripada dugaan, ‘problem’, masalah, sehingga o