Posts

Showing posts from August, 2014

Jangan di'nombor dua'kan doa! - MTDM 13.06.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 13.06.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakamanan MTDM Bahagian 1: Tafsir Al-Quran,  Surah Ali-Imran Ayat 176:   “Dan jangan kamu sedih disebabkan orang-orang yang segera kufur …” Allah Ta'ala mencertiakan kesedihan Nabi Muhammad ﷺ kerana sikap kaum musyrikin yang menolak ajakan Rasullullah kepada sesuatu yang menyelamatkan mereka.   Enggannya mereka beriman kepada sesuatu yang boleh menyebabkan kebahagiaan kepada mereka – perkara itu yang membuatkn Nabi ﷺ sedih. Apabila mendapati golongan orang-orang yang beiman menolak ajarannya – yang susah hati ialah Nabi Muhammad ﷺ - ini sesuai dengan sifat kasih-sayang Nabi ﷺ kepada umatnya, yakni bilamana mengajak mereka beriman kepada Allah, yang beruntung, bertuah dan dapat faedah ialah yang menerima iman itu, dan yang rugi ialah yang menolak iman itu, tapi yang susa

"Jadilah kamu orang yang berilmu." - Burdah Pembukaan MTDM 22.08.2014

Image
  بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Pembukaan Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22.08.2014 Rakaman audio Burdah dan Tausiyah Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah (Terengganu) Seandainya kita memuji Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ daripada kita hidup sehingga kita mati sekalipun, sesungguhnya pujian itu tidak cukup kerana sesungguhnya baginda Rasulullah ﷺ sudah sempurna dengan pujian Allah SWT. Allah SWT memuliakan Rasulullah ﷺ, maka ketahuilah sesiapa yang memuliakan baginda Rasulullah ﷺ, sudah pasti dia akan dimuliakan Allah SWT, sudah pasti Allah Ta'ala memberi rahmat kepadanya, bahkan Nabi ﷺ bersabda, “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan menurunkan rahmat kepadanya 10 kali” dan Allah Ta'ala sendiri menunjukkan kasih-sayang Allah Ta'ala kepada Rasulullah ﷺ mengatasi para Rasul yang lain. Allah Ta'ala telah muliakan Nabi Adam a.s, firman Allah Ta'ala dalam ayat 35, surah A-Baqarah: