Posts

Showing posts from November, 2014

Tanggung jawab kepada Sufaha dan Menulis Wasiat - MTDM 21.11.2014

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد   لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد  وعلى آله وصحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.11.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Bahagian 1 – Tafsisr Surah An-Nisa (ayat 5-10) Ayat 5: Ayat ini menyentuh tentang tanggungjawab mengelola harta yang termasuk salah satu daripada maqasid as-syariah. 5 objektif syariah (atau maqasid as-syariah) ialah melindungi agama, harta, nyawa, kehormatan, dan akal. Sabda Rasulullah ﷺ dalam haji Wada, “Darah, harta, nyawa kamu diharamkan untuk dinodai.” Yakni nyawa dibunuh, atau harta dipergunakan dengan tidak benar adalah dilarang dalam Islam. Ayat ini menyuruh kepada auliya atau penjaga golongan as-sufaha. As-Suhafa atau as-safih ialah orang yang akalnya kurang waras, tidak cekap dan tidak bijak mengurus duit, akalnya belum matang untuk mengelola duit, yakni dia tidak mampu menguruskan duit tapi dia berduit, yang mungkin berasal daripada harta warisan. Anak

Bersifat Adil, Kelebihan Mas Kahwin, dan Mengingati Kematian - MTDM 14.11.2014

Image
بسم الله الرحمن الحيم اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم Majlis Ta’lim Darul Murtadza 14.11.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Bahagian 1 – Tafsisr Surah An-Nisa (ayat 3 dan 4) Ayat 3: Ayat ini bercerita tentang sifat adil dan mengelak sifat zalim. Adil adalah memberi hak kepada orang lain sepertimana kita menuntut hak kita. Ehsan ialah memberi hak orang lain tanpa minta hak diri sendiri, Darjat ehsan adalah lebih tinggi daripada adil kerana ianya lebih sukar untuk dilakukan. Oleh sebab itu, Allah mulakan dengan yang mudah bagi semua orang iaitu dengan sifat adil. Rasulullah ﷺ berpesan kepada kaum mukminin (dan kepada kita) agar tidak bersikap tidak adil kepada orang yang menyakiti, menzalimi kepada mereka. Rasulullah ﷺ sendiri bersifat adil dan ehsan hatta kepada orang kafir. Dalam Perang Khaibar, Rasulullah ﷺ   menawan tanah Yahudi, dan sebahagian Yahudi datang meminta izizn agar mereka tak diusir. Rasulullah ﷺ setuju. Tid

Perihal Wanita, Anak Yatim and Keutamaan Bersyukur - MTDM 31.10.2014

Image
بسم الله الرحمن الحيم اللهم صل على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم Majlis Ta’lim Darul Murtadza 31.10.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Bahagian 1 - Tafsir Quran: Surah An-Nisa’ Rakaman MP3 MTDM 31.10.2014 Sumber rakaman video: Youtube Darul Murtada Muqaddimah Para sahabat tidak akan menghafaz ayat yang baru sebelum melaksanakan pengajaran daripada ayat-ayat sebelumnya. Semoga kita diberi taufik untuk mengamalkan terutamanya apa yang sudah dipelajari bersama-sama. An-Nisa’ maknanya perempuan sebab surah ini banyak membincangkan hak-hak wanita. Walaupun lelaki mempunyai kedudukan dan tanggungjawab dalam agama, namun tiada surah yang dinamakan dengan nama Ar-Rijal (Lelaki). Allah Ta'ala meletak wanita pada tempat yang istimewa. Disebut haknya dalam 5 atau 6 surah seperti surah Al-Maidah, Al-Ahzab, An-Nur dll.  Allah Ta'ala amat memerhatikan kepada kaum wanita sehingga tatacara pakaiannya pun diperincikan.  Bacaan ayat 31, surah