Posts

Showing posts from December, 2014

Haram menikahi ibu tiri, kepentingan warak, dan kesatuan melalui kalimah 2 syahadah - MTDM 26.12.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد   وعلى آله وصحبه وسلم وعلى آله وصحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 26.12.2014 Habib Najmudin Othman Al-Khered Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 21-22 Ayat 21: Sebagai satu muqaddimah – surah An-Nisa bermaksud perempuan-perempuan. Mungkin telah disebutkan bahawa Islam ialah agama yang sangat membela orang perempuan.   Bahkan dalam ayat-ayat yang telah lalu Allah SWT menyebut keadilan dan hak-hak yang diberikan kepada wanita. Dulu, perempuan dianggap kecil, dan diperlekehkan, dijadikan barang dagangan, alat, dipergunakan dsb. Islam datang dengan kemuliaan syariatnya meninggikan kedudukan kepada orang-orang perempuan. Bahkan, ayat yang dibacakan merupakan kesinambungan dengan ayat sebelum ini yang melarang isteri kematian suami diwarisi oleh ahli keluarga suaminya, sehingga dia tidak boleh kahwin dan terpaksa mengikut apa yang diperintahkan   oleh keluarga suaminya. Ant

Nikmat taubat dan qabul taubat, nikmat banyak pada benda yang tak disukai, larangan minta mati, kepentingan syahadah - Majlis Ta'lim Darul Murtadza 19.12.2014

Image
Sumber rakaman MTDM: Tafsir Quran Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 18-21 Ayat 18: Antara nikmat (yang diberikan) ialah nikmat taubat – tanpa taubat manusia akan dihukum kerana kemaksiatan yang dilakukannya. Tapi jika Allah berkehendak untuk tidak menghukumnya, maka manusia itu akan menerima nikmat taubat. Apa yang dimaksudkan dengan nikmat taubat bukanlah bila taubat seseorang itu diterima. Tetapi ada 2 nikmat: nikmat untuk bertaubat dan nikmat qabulnya (diterima) taubat. Sebelum mendapat nikmat qabul taubat, Allah SWT berikan dia nikmat taubat untuk dia bertaubat. Tanpa nikmat taubat, dia takkan bertaubat dan tidak akan mendapatkan qabul taubat. Oleh kerana demikian, Allah menceritakan dalam Al-Quran nul Kareem, orang yang bertaubat jangan menyangka dirinya sudah mengkedepankan taubat kepada Allah Ta'ala. Tidak, Allah SWT yang beri azam, suara dalam hatinya untuk nak bertaubat. Kalau Allah tak gerakkan hatinya untuk bertaubat, maka dia takkan bertaubat.