Posts

Showing posts from February, 2015

"Doktor Hati" - Maulid MTDM Februari 2015 (06.02.2015)

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد   وعلى آله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber: FB Majlis Ta'lim Darul Murtadza Kita bersyukur berada dalam majlis untuk membersihkan hati kita, mengubati luka dalam hati, mendengar tentang agama kita, membersihkan noda dalam hati supaya agar Allah tidak nampak kekurangan dalam hati. Allah SWT berfirman, “ Sesungguhnya Allah tidak tengok rupa paras tubuh badan kamu, tetapi yang dipandang Allah SWT ialah hati kamu. ” Bagaimana keadaan hati kita yang menjadi wadah tempat Allah pandang – adakah dalam hati kita ada perkara yang disukai atau dimurkai oleh Allah SWT? Kita ingin merayu kepada Allah Ta'ala agar dengan zikir dalam majlis sebegini dapat melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang mati, menyedarkan hati yang lalai, kerana zikir dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT. Hari ini kita juga merayu kepada Allah SWT bahawa hati ini selalu te

Sifat Warak, Sifat Nafsiyyah & Tausiyah Tetamu Istimewa - MTDM 16.01.2015 (Bhgn 2 & 3)

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد   وعلى آله وصحبه وسلم Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin, Bab Warak, Hadis 3, 4 Majlis Ta’lim Darul Murtadza 16.01.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* ‘Al-Bir’ (Kebajikan/kebaikan) itu akhlak yang baik. Kalimat ‘Al-Bir’ digunakan untuk pelbagai makna dalam Al-Quran. Kepelbagaian makna menunjukkan Al-Bir itu sendiri merangkumi segala nilai murni atau perbuatan yang baik, termasuk masuk rumah melalui pintu merupakan Al-Bir. Masuk rumah bukan melalu pintu   sudah dikira bukan bahagian daripada Al-Bir. Jangan masuk rumah melalui tingkap, masuk ikut pintu! Nabi ﷺ menghadkan dalam hadis ini Al-Bir itu akhlak yang baik. Sama seperti ungkapan baginda bahawa “Haji itu Arafah” sedangkan ada lagi rukun lain haji seperti Tawaf, Saiei, Cukur dsb, untuk menunjukkan pentingnya kedudukan Arafah dalam ibadah haji! Seperti juga “Ad-din itu nasihat”, walaupun ada yang lain. Dosa itu men