Posts

Showing posts from April, 2015

Taman Syurga #4 (20.03.2015) - Kelebihan Taqwa (2)

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, m/s 13. Muqaddimah: Kita perlu kepada ilmu untuk beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى.  Di antara buah (faedah) taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini: kebersamaan dengan Allah سبحانه و تعالى diajarkan ilmu ladunni oleh Allah سبحانه و تعالى  Mampu membezakan yg haq dan yg batil (furqan), penghapus dosa Keselamatan dari api neraka - puncak tertinggi kejayaan. dihapuskan dosa diberikan rezeki dilapangkan dada diberi kemudahan dalam kehidupan Buah taqwa seterusnya ialah: mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13: Orang yang bertaqwa dijanjikan kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى. Berapa ramai orang mencari kemuliaan di sisi manusia, dan kalau mendapatkannnya pun, selama mana ianya mampu bertahan?  Dalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى mere

Taman Syurga #3 (19.03.2015) - Kelebihan Taqwa (2)

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Kitab: Nasihat Agama dan Wasiat Iman Sambungan pada m/s 9 Buah (kelebihan) taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini: kebersamaan dengan Allah سبحانه و تعالى Ilmu ladunni Mampu membezakan yg haq dan yg batil (furqan), penghapus dosa Firman Allah dalam surah AlAnfal, ayat 29: Daripada ayat ini ada 3 kurniaan kepada orang-orang yang bertaqwa: Furqan Diampunkan dosa Disucikan oleh Allah سبحانه و تعالى  Furqan ialah ilham/taufiq untuk bijak mengambil tindakan yang benar lebih-lebih lagi bila berhadapan kemusykilan. Ianya tidak diberikan kepada semua orang dan hanya orang bertaqwa yang akan diberi taufiq untuk membezakan yang haq dan yang batil. Semakin seseorang memiliki nilai taqwa, semakin hatinya tersinari cahaya ilmu dari Allah سبحانه و تعالى sehingga dia tahu perkara yang dia tidak tahu sebelumnya. Ini juga dikenali sebagai fir

Taman Syurga #2: Wasiat Taqwa & Faedahnya

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Taman Syurga #2 (06.03.2015) Tajuk penting sebagai permulaan dalam kitab ini ialah perintah untuk kita membawa balik bekal taqwa untuk bertemu Allah SWT. Oleh kerana kepentingannya, wasiat sama diperintahkan kepada semua Nabi terdahulu dan pengikut mereka, dan kepada Nabi Muhammad ﷺ dan kita sebagai umatnya. Allah perintahkan untuk kita bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Kunci kebaikan di dunia dan akhirat terkandung dalam taqwa. Nabi ﷺ yang bertaqwa pun masih disuruh bertaqwa dalam satu mesej khas untuk baginda Nabi ﷺ. Pengajarannya - tak kira semulia mana kamu, sebanyak mana amal kamu, kamu masih perlu bertaqwa kerana makhluk yang termulia pun disuruh bertaqwa. Ertinya - taqwa itu perlu pada setiap saat - yakni perlu istiqamah dengan taqwa. Kedudukan taqwa adalah tinggi kerana Allah SWT berwasiat langsung tentangnya, dan kita perlu lihat sejauh mana

Majlis Ta'lim Darul Murtadza 27.03.2015

Image
بسم لله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Majlis Ta'lim Darul Murtadza 27.03.2015 Bahagian 1: Tafsir Al-Quran   Surah An-Nisa, ayat 44-46 Ayat 44:   Ayat ini menceritakan tentang sifat khianat segolongan manusia yang diberikan amanah daripada ayat-ayat Allah سبحانه و تعالى, daripada wahyu, kitab yang diturunkan kepada mereka sebagai hidayah dan petunjuk, sebagai penyelamat kepada mereka, akan tetapi kerana serakah nafsu mereka, mereka rela untuk memutarbelitkan ayat-ayat Allah, memalsukan ayat-ayat Allah, menyembunyikan kebenaran daripada firman Allah سبحانه و تعالى,, dan inilah sebesar-besar khianat yang dilakukan oleh seseorang. Golongan ini adalah daripada ahli kitab, daripada kaum Yahudi dan Kristian, yang menerima wahyu daripada Allah سبحانه و تعالى,, berupa Taurat kepada kaum Yahudi, dan Injil kepada kaum Kristian, yang didalamnya menceritakan tentang kebenaran Al

Sifat Tawadhuk & Beriman Kepada Rasul - MTDM 20.03.2015 (Bhgn. 2&3)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 20.03.2015 Habib Naqjmudin Othman Al-Khered Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin Bab 71: Tawadhuk dan Merendah Diri Sesama Mukmin Hadis 3:   Tawadhuk itu adalah apabila kamu mulia, tapi kamu tak merasa dirimu mulia di hadapan orang lain, dan tidak pula menuntut untuk dimuliakan. Kalau begitu, tiada contoh insan yang lebih tawadhuk dari Nabi ﷺ. Bahkan kedudukan Nabi ﷺ  itu jelas kemuliannya, tetapi baginda tak mahu dimuliakan, dan baginda tidak merasa hina dengan melakukan perkara yang biasa yang juga dilakukan oleh orang biasa. Sayyidina Anas bin Malik berkhidmat dengan Rasulullah ﷺ tetapi baginda tak pernah cakap 'uff' padanya. Nabi ﷺ  tak cakap begitu walau kepada khadamnya. Kalimat ‘uff’ ialah kalimat paling halus untuk menyinggung. Baginda tak persoalkan jika Anas buat silap. Bahkan Anas sendiri rasa tak pasti siapa yang berkhidmat untuk siapa

Saksi amal kita, larangan minum arak - MTDM 20.03.2015 (Bhgn. 1)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 20.03.2015 Habib Naqjmudin Othman Al-Khered Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 41-43 Ayat 41:   Siapa saksi yang dimaksudkan? Para Rasul kepada umat masing-masing. Mereka akan menjadi saksi kekufuran setiap umat mereka. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abdullah bin Mas'ud, dia minta diperdengarkan Al-Quran oleh baginda Rasulullah ﷺ. Abdullah pun berkata, "Bagaimana boleh aku membaca kepadamu sedangkan Al-Quran itu diturunkan kpdmu." Jawapan itu bukan menunjukkan keingkaran tetapi menunjukkan tawadhuknya beliau. Dari sini menjadi sunnah juga untuk mendengar bacaan Al-Quran. Oleh sebab itu dengan teknologi hari ini, kita juga boleh mendengar bacaan Al-Quran daripada kaset/CD/rakaman. Nabi saw juga suka mendengar bacaan Al-Quran Abu Ayyub Al-Ashaari kerana suaranya yang merdu. Sayyidina Abdullah pun membacakan surah An-Nisa sehingga sampai