Posts

Showing posts from July, 2015

Kuliah Maghrib dengan Abuya Sayyid Ahmad bin Muhammad Alawi Al Maliki

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الحمد لله رب العلمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Abuya Sayyid Ahmad bin Muhamad Alawi Al Maliki Terjemahan oleh Habib Najmuddin Othman Al Khered Kuliah Maghrib Masjid Darul Ehsan, 23 Julai 2015 Rakaman Video:  http://livestre.am/59ISc Dimulakan oleh Habib Ahmad bin Muhamad Al Maliki dengan pujian kepada Allah, Selawat, dan kesyukuran kepada Allah سبحانه و تعالى. Mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى mengumpulkan kita dalam kebaikan dan diberikan bentangan daripada ilmu dan kebaikan-kebaikan daripada Allah سبحانه و تعالى. Kita adalah hamba kepada Allah سبحانه و تعالى dan hamba itu sentiasa di bawah naungan Allah سبحانه و تعالى. Yang mana melihat kepada waktu - ada waktu untuk menunaikan kefardhuan, ada waktu menunaikan yang sunnah, dan ada waktu menunaikan kebaikan-kebaikan yang ianya membawa kepada kebaikan. Adapun daripada amalan soleh itu biasanya manusia merasakan dialah yang melakukannya, tetapi