Bahaya Fitnah (2) - Tanyalah Ustaz 30.06.2012
Ustaz Firdaus Subhi Bacaan surah Al-Hujurat ayat 6-9: Huraian ayat: Antara sebab ayat ini diturunkan, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Qurtubi mengisahkan tentang seorang sahabat bernama Al-Walid ditugaskan untuk pergi ke perkampungan Bani Mustaliq untuk mengambil zakat. Apabila sampai, beliau mendapati mereka mengejarnya lalu terlintas dalam hatinya bahawa mungkin mereka ingin membunuhnya. Lalu Al-Walid melarikan diri dan pulang bertemu Nabi SAW. Apabila ditanya Nabi SAW, dia menjawab bahawa dia tidak mampu mengambil zakat kerana mereka ingin membunuhnya. Lalu Khalid Al-Walid telah ditugaskan untuk menyiasat adakah benar ceritanya. Apabila disiasat didapati penduduk kampung itu mengamalkan Islam dengan baik – apabila azan dilaungkan mereka solat, maka tidak betullah apa yang diceritakan oleh Al-Walid. Ada satu lagi riwayat yang hampir serupa menceritakan, tetapi wakil Bani Mustaliq kemudian datang memberitahu Nabi SAW bahawa mereka mengejarnya bukan untuk mela...