Posts

Showing posts with the label hukum hadiri majlis jamuan arak

Kerja Berkira (2) - Tanyalah Ustaz 10 Ramadhan 1433H (30.07.2012)

Image
Ustaz Mohd Salahuddin Mohammad Bacaan surah Al-Baqarah ayat 264: Dalam ayat ini, Allah jelaskan agar apa saja bentuk pemberian yang telah kita berikan tidak diungkit-ungkit sehingga orang yang menerimanya terasa hati kerana Allah boleh membatalkan pahala pemberian tersebut. Apa saja yang ingin dilakukan perlulah ada keseimbangan. Dalam bekerja, seorang suami perlu juga memberi hak masa bersama keluarganya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi Tuhanmu atas dirimu ada hak, bagi keluargamu atas dirimu ada hak, dan bagi dirimu sendiri atas kamu ada hak, maka berikanlah setiap hak itu kepada yang empunyanya." Pernah berlaku pada zaman Umar, seorang gabernor dilaporkan kerana didapati dia lewat datang kerja dan kadang-kadang tidak datang langsung. Umar pun terus melakukan penyiasatan dan mengintip gabernor tersebut. Didapati rupa-rupanya isteri gabernor sakit dan dia perlu memandikan dan menguruskan anak-anak sebelum datang kerja. Apabil...