Posts

Showing posts with the label Ustaz Asrul Nizam Abas

Memahami & Menghayati Al-Quran (1) – Tanyalah Ustaz 12.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Asrul Nizam Abas Bacaan surah An-Nisa’ ayat 82: Hari ini kita akan membincangkan kepentingan mentadabbur isi Al-Quran. Tanpanya, bagaimana kita akan mendidik diri dan keluarga kita. Terdapat banyak ilmu dalam Al-Quran – tapi kita perlu memahami kandungannya terlebih dahulu. Mulakan belajar maknanya dengan surah lazim terlebih dahulu. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah maksud tadabbur Al-Quran? J: Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi, Allah menyatakan bahawa jika Quran tidak ditadabburkan, akan berlaku perselisihan faham dalam masyarakat. Oleh itu, ulama seperti Imam Al-Rozi, Imam Al-Baghawi menyatakan konsep taddabbur ialah memerhatikan kepada akibat dan kemungkinan terhadap sesuatu. Manakala ulama tafsir pula menyatakan maksud tadabbur ialah mengamati, meneliti, mengkaji maksud yang ingin disampaikan daripada Al-Quran. Dimana lagi kita ingin mencari solusi sekiranya kita tidak memahami kandungan Al-Quran? Wal...

Hikmah Lebah (2) - Tanyalah Ustaz 18.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Asrul Nizam Abas Bacaan surah An-Nahlu, ayat 69: Hari ini kita akan lihat madu dan bahan lain yang dihasilkan lebah dan bagaimana menggunakannya kelebihannya. Senarai soalan dan jawapan S: Bagaimana kedudukan madu lebah dalam masyarakat Islam? J: Madu telah pun disebut di dalam Al-Quran, tetapi sayangnya orang Islam kurang ambil peduli. Kebaikan madu telah dibuktikan secara saintifik juga. Sebenarnya orang bukan Islam di Barat telah lebih dahulu menggunakan madu dalam kehidupan seharian mereka berbanding kita di sini. Selain madu, ada beberapa makanan tambahan lain yang dihasilkan lebah. Antaranya ialah: Propolis - suatu makanan yang baik untuk menghalang jangkitan bakteria. ‘Royal jelly’ - rupanya lebih pekat dan berwarna putih seperti mayonis, dan rasanya masam sedikit. Royal jelly ini ialah makanan untuk ratu lebah dan jika dengan memakannya ratu lebah boleh hidup sehingga 80 tahun, maka...

Hikmah Lebah (1) - Tanyalah Ustaz 17.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Asrul Nizam Abas Bacaan surah An-Nahlu, ayat 68: Dalam surah ini ada 128 ayat, tetapi cuma 2 ayat yang menyebut terperinci tentang lebah. Mengapa begitu sedikit ceritanya sedangkan Allah namakan surah ini surah lebah? Ada 3 koloni dalam masyarakat lebah: Diketua seorang Ratu yang hidup paling lama, iaitu antara 5-8 tahun. Ratu lebah hanya ada 1 pada satu-satu sarang. Ratu lebah mampu bertelur dengan banyak Ada ‘raja’ lebah yang kerjanya hanya mengawan dengan ratu lebah agar anak-anak lebah dapat dihasilkan. Umurnya hanya 60 hari. Kumpulan ‘lebah pekerja’ dalam jumlah yang sangat banyak – 1 ribu k2 8 ribu, ada juga sehingga 200 ribu ekor. Umurnya lebih pendek iaitu 45 hari sahaja. Walaupun Allah sebut sangat ringkas tentang lebah, tetapi banyak perkara yang kita boleh pelajari tentang lebah. Kesimpulan: Lebah ialah haiwan yang hidup bersistematik Jangan takut dengan perkara yang kita tak ...