Posts

Showing posts with the label Kahwin paksa

Tujuan Perkahwinan (1) - Tanyalah Ustaz 18.06.2012

Image
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Bacaan surah An-Nisa', ayat 1 yang bermaksud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Berkahwin itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang tidak menyukainya, maka bukanlah dia daripada umatku.” Islam mensyariatkan perkahwinan atas tiga tujuan: Pertama - untuk melahirkan zuriat dan keturunan, seperti yang dibacakan dalam ayat tadi. Ada dalam satu hadis Nabi menyebut bahawa baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat nanti. Isteri Nabi Adam diriwayatkan bersalin sebanyak 20 kali, dan setiap kalinya kembar dua. Kedua – melahirkan cara hidup yang aman, tenteram seperti yang disebut dalam surah Ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud: " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasih...