Solat Musafir (1) - Tanyalah Ustaz 27.06.2012
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Bacaan surah An-Nisa;, ayat 101 yang bermaksud: Siapakah yang dikatakan musafir? Seseorang yang berjalan melebihi dua marhalah (92km), atas tujuan yang diharuskan, dan berniat untuk tinggal di satu tempat tidak melebihi 3 hari dan 3 malam, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Tetapi jika berniat untuk tinggal lebih daripada 3 hari dan 3 malam, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermukim di situ. Sebagai orang bermukim, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Jika dia niat untuk tinggal di situ selama-selamanya pula, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermastautin di situ.Sebagai orang bermastautin, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Syarat-syarat musafir: Pemergian itu adalah musafir yang wajib, sunat atau harus. Contoh musafir wajib ialah perjalanan pergi menunai...