Posts

Showing posts with the label Ustaz Surur Shahbudin Hasan

Impak Dosa (2) – Tanyalah Ustaz 01.02.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Ustaz Surur Shahbudin Hassan* Bacaan surah Al-Hajj, ayat 8-11:     Ramai antara kita banyak berbalah tentang hukum Allah untuk melepaskan diri daripada apa yang kita telah lakukan tanpa mempunyai ilmu dan hidayah. Mereka melakukan mungkar tapi mencari helah/alasan/bukti bahawa mereka berada di atas landasan yang benar, sedangkan Allah telah tetapkan hukuman-Nya. Mereka berpaling sehingga ada orang lain mengikut jejak mereka, dan mereka akan mendapat kehinaan di dunia. Kehinaan di dunia ada bermacam bentuk:   kata-kata mereka tidak disukai, wajah mereka tak disukai untuk dipandang dsb. Allah takkan menzalimi seseorang dengan memberikan dosa sewenang-wenangnya. Ada orang yang sembah Allah ‘ditepi-tepi’. Mereka sembah dalam keadaan senang, tapi bila ditimpa kesusahan, mereka akan berpaling. Orang ini akan menjadi orang yang rugi. Apakah tanda orang yang rugi? Selalu berada dalam kead...

Muflis Akhirat (1) – Tanyalah Ustaz 02.11.2012

Image
Ustaz Surur Shahbudin Hasan Hidayah mendapat Islam adalah sesuatu yang sangat mahal. Seseorang yang tertarik dengan Islam, ada yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum sedia memeluk Islam.  Oleh sebab itu, Allah ganjarkan mereka dengan pengampunan dosa-dosa sebelumnya. Bacaan surah Al-Naml, ayat 1-5: Kita semua yakin akan akhirat, namun sayangnya ramai daripada kita yang tidak beramal untuk menghadapinya kerana tertipu atau terlalai dengan kehidupan di dunia. Sedikit huraian ayat yang telah dibacakan tadi: Al-Quran merupakan petunjuk kepada orang-orang beriman. Orang beriman diterangkan sebagai orang yang mendirikan solat. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab, dan bukan amalan-amalan lain. Walau sebanyak mana sekalipun sedekah yang diberi, jika solat diabaikan amatlah rugi seseorang itu. Seterusnya, disebut tentang zakat dan keyakinan kepada hari akhirat. Kita perlu ingat akhirat sedari muda lagi, bukannya setelah pencen. Orang yang tid...