Iktibar Israk Mikraj (3) – Tanyalah Ustaz 17.06.2012
Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin Keseluruhan kawasan ini adalah Masjid Aqsa - Sumber Bacaan surah Al-Syuraa ayat 53-53 yang bermaksud: Hari ini kita akan lihat beberapa gambar sekitar Masjidil Aqsa. Gambar 1 : Masjid Aqsa Lama. Ada 2 tingkat, di tingkat atas ada 7 pintu, manakala di bawah pula ada tiang-tiang Nabi Sulaiman. Gambar 2 : Masjid 'Dome of Rock' dengan Kubah warna emas di bina oleh Khalifah Abdul Malik al-Marwan. Di bawah kubah emas ini terletaknya batu tergantung dan sebab itulah dinamakan 'dome of rock'. Saya pernah tanya bertanya pada Imam Pertama Masjid Aqsa, Sheikh Abu Yusuf Sulaina, yang mana satu masjid Aqsa? Yang lama (kubah hitam) atau yang kubah emas ini? Jawabnya, “ Sebenarnya seluruh kawasan yang meliputi kedua-dua masjid ini adalah kawasan Masjid Aqsa”. Oleh itu, sesiapa solat di mana-mana dalam kawasan ini akan mendapat gandaan 500 kali berbanding solat di masjid biasa. Sumber Gambar 3 & 4 : Batu tergantu...