Posts

Showing posts with the label Alam Barzakh

Ziarah Ke Alam Barzakh (1) – Tanyalah Ustaz 05.09.2012

Image
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Bacaan surah Al-Mulk, ayat 2: Kehidupan manusia bermula di alam roh, dunia (fana - alam yang bakal hancur), alam kubur, alam masyar dan kemudian alam syurga atau neraka. Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, sebanyak 40 juta sperma berenang masuk dan cuma satu yang Allah izinkan bercantum dengan ovum untuk membentuk nutfah dan hidup disitu selama 9 bulan. Ketika dalam kandungan ibu, roh akan ditiupkan kemudian akan dituliskan tentang rezekinya, ajalnya dan amalan dan kehidupannya dan sama ada dia ahli syurga atau ahli neraka. Setelah itu, kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam dunia. Di dunia juga kita mengalami 5 peringkat kehidupan. Peringkat bayi – semua orang sediakan keperluan kita daripada makan, tidur, pakaian dan sebagainya. Kemudian kita menjadi kanak-kanak. Seterusnya kita menjadi remaja. Nabi SAW mengatakan bahawa remaja merupakan satu juzuk daripada kegilaan. Setelah itu, kita menjadi dewasa dan kemudi...