Posts

Showing posts with the label Taman Syurga

Taman Syurga #4 (20.03.2015) - Kelebihan Taqwa (2)

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, m/s 13. Muqaddimah: Kita perlu kepada ilmu untuk beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى.  Di antara buah (faedah) taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini: kebersamaan dengan Allah سبحانه و تعالى diajarkan ilmu ladunni oleh Allah سبحانه و تعالى  Mampu membezakan yg haq dan yg batil (furqan), penghapus dosa Keselamatan dari api neraka - puncak tertinggi kejayaan. dihapuskan dosa diberikan rezeki dilapangkan dada diberi kemudahan dalam kehidupan Buah taqwa seterusnya ialah: mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13: Orang yang bertaqwa dijanjikan kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى. Berapa ramai orang mencari kemuliaan di sisi manusia, dan kalau mendapatkannnya pun, selama mana ianya mampu bertahan?  Dalam Al-Quran, A...

Taman Syurga #3 (19.03.2015) - Kelebihan Taqwa (2)

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Kitab: Nasihat Agama dan Wasiat Iman Sambungan pada m/s 9 Buah (kelebihan) taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini: kebersamaan dengan Allah سبحانه و تعالى Ilmu ladunni Mampu membezakan yg haq dan yg batil (furqan), penghapus dosa Firman Allah dalam surah AlAnfal, ayat 29: Daripada ayat ini ada 3 kurniaan kepada orang-orang yang bertaqwa: Furqan Diampunkan dosa Disucikan oleh Allah سبحانه و تعالى  Furqan ialah ilham/taufiq untuk bijak mengambil tindakan yang benar lebih-lebih lagi bila berhadapan kemusykilan. Ianya tidak diberikan kepada semua orang dan hanya orang bertaqwa yang akan diberi taufiq untuk membezakan yang haq dan yang batil. Semakin seseorang memiliki nilai taqwa, semakin hatinya tersinari cahaya ilmu dari Allah سبحانه و تعالى sehingga dia tahu perkara yang dia tidak tahu sebelumnya. Ini juga dikena...

Pengenalan Taman Syurga dan Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Image
بسم الله الرحمن الرحيم   اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Taman Syurga #1 (05.03.2015) TV AlHijrah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid عن أنس بن مالك رضي الله عنه أنه قال , قال رسول الله صلى الله عليه وسلم , « إذا مَرَرْتُم برِياضِ الجنةِ فارْتَعُوا قالوا وما رياضُ الجنةِ قال حِلَقُ الذِّكْرِ » رواه الترميذي Maksudnya: Anas bin Malik RA berkata bahawa Sabda Rasulullah SAW, "Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti untuk mengambil manfaat dan hasilnya". Para sahabat bertanya, "Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah?". Jawab baginda, "Majlis-majlis zikir (ilmu)." Sedikit ulasan akan diberikan tentang apakah itu taman syurga, perintah menghampirinya dan halaqah zikri. 1. ‘Riyadhul Jannah’ ialah ‘plural’ daripada perkataan ‘raudhatun’ yakni kebun hijau yang dipenuhi pelbagai macam tanaman dan buah-buahan. Kedua, perintah Nabi ﷺ ialah makan da...