Persoalan Di Alam Barzakh (2) – Tanyalah Ustaz 24 Ramadhan 1433H (13.08.2012)
Ustaz Haslin Baharim Bacaan surah Al-Mu'minun, ayat 98-105: Jika ditanya apa khabar – jawapannya mesti “Alhamdulillah” dahulu. Fokus pada positif dan ingatlah bahawa tiada apa yang milik kita, semuanya milik Allah. Oleh itu, apa jua yang kita lakukan, perlulah penuh berhati-hati agar kita semua mati dalam keadaan beriman. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 132: Sayyidina Uthman bin Affan pernah mengiringi jenazah ke kubur. Tiba-tiba apabila sampai ke kubur, dia pengsan dan diusung balik ke rumah pula. Lalu, sahabatnya bertanya apakah yang menyebabkan beliau pengsan. Jawab Uthman, aku teringat yang Rasulullah SAW pernah bersabda “Sesungguhnya kubur itu adalah penginapan yang pertama antara penginapan akhirat, sekiranya seseorang itu terlepas dari siksaannya maka apa yang akan datang kemudiannya adalah lebih mudah lagi. Seandainya seseorang itu tidak terlepas daripada siksaannya, maka yang akan mendatang adalah lebih sukar”. Terdapat lagi satu hadis ri...