Dahulukan Ibu Bapa (3) – Tanyalah Ustaz 21.10.2012
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Al-Isra', ayat 14-15: Ketika kecil, bila seorang anak bertanya banyak kali, ibu bapa menjawab dengan sabar, walaupun terpaksa mengulang berkali-kali. Namun, ketika ibu bapa sudah tua dan merosot pendengarannya, anak mula hilang sabar apabila ditanya berkali-kali oleh ibu bapa. Mulianya manusia itu kerana ketika menyusu, dia memandang wajah ibunya, tidak seperti binatang yang menyusu dicelah kelangkang ibunya. Oleh itu, seorang anak perlu juga meletakkan ibu bapanya di tempat yang mulia juga. Ibu bapa pula perlu mendahulukan memberi penekanan kepada pendidikan adab kepada anak-anak. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda agar: “Ajarlah anak mu dengan 3 perkara yang utama. Yang pertama ialah ajar supaya anak-anak kamu mencintai aku (Nabi saw), yang keduanya ialah ajar anak kamu supaya kasihkan ahli keluarga aku, dan yang ketiga ajarlah anak kamu baca Quran”. Ibu bapa perlu mendidik anak adab yang baik...