Maaf: Ikhlas Atau Terpaksa (3) – Tanyalah Ustaz 11.11.2012
Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre Bacaan surah An-Nur, ayat 19-22: Surah An-Nur banyak menceritakan hubungan sesama manusia, terutamanya hubungan antara lelaki dan perempuan dan masalah sosial. Ayat yang dibacakan menceritakan kisah Sy. Aisyah yang difitnah berlaku curang sehingga kisah ini heboh di Madinah. Kisah ini menceritakan tentang orang yang suka menyebarkan fitnah atau cerita yang berunsur sensasi. Golongan sebegini memang wujud dalam masyarakat. Apakah ancaman Allah kepada mereka? Allah akan balas dengan azab yang pedih di dunia dan juga akhirat. Kalaulah tidak kerana Allah bersifat Rahmat ke atas hamba-Nya sudah pasti akan dibalas kejahatan itu dengan serta-merta. Namun, Allah bersifat Maha Pengasih dan membuka pintu taubat kepada manusia. Allah berpesan agar manusia tidak mengikuti jejak langkah syaitan. Jika bukan kerana rahmat Allah, kita ini semua akan kekal berdosa. Allah yang memberi hidayah untuk kita memohon keampunan kepada-Nya. Oleh itu, jangan kita su...