Posts

Showing posts from March, 2013

Niat Menuntut Ilmu Imam Al-Haddad Siri 4/7

Image
Orang memberi, kita memberi semula ;), in sha Allah.   Untuk yang nak hafal terus kesemuanya, boleh rujuk  di sini .

"Pemimpin dan yang dipimpin" - Tafsir ayat 26, surah Ali-Imran, MTDM 22.03.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22.03.2013 Masjid Muaz bin Jabal Setiawangsa, KL Sumber Rakaman Darul Murtadza Tafsir Quran - Ayat 26, surah Ali-Imran: Dua ayat ini (ayat 26 dan 27) menunjukkan kuasa pemerintahan Allah yang mutlak – baik yang berada di dunia ataupun yang berada di langit. Perbahasan ayat 26: Dalam memberi kekuasaan, dalam mencabut kekuasaan, dalam memberi kemuliaan, dalam menghinakan seseorang, dan memberi segala jenis kebaikan – semuanya berada dalam kekuasaan Allah. Ada beberapa sebab yang mirip antara satu sama lain yang menjadi sebab turunnya ayat ini. Imam Al-Baghawi berkata, ketika pembukaan kota Mekah, Nabi SAW menjanjikan umatnya bahawa Persia dan Romawi akan jatuh kepada kaum Muslimin. Orang munafiqin pun berkata, “Tidak cukupkah dengan penawanan kota Mekah dan kota Madinah ini untuk Muhammad, sedangkan Persia dan Romawi adalah dua kuasa yang besar!” Nuzul kedua ialah semas

Niat Menuntut Ilmu Imam Al-Haddad Siri 3/7

Image
Semoga kita sama-sama dapat berkongsi manfaat ilmu yang dipelajari, in sha Allah.   Untuk yang nak hafal terus kesemuanya, boleh rujuk  di sini .

Niat Menuntut Ilmu Imam Al-Haddad Siri 2/7

Image
Alhamdulillah, ini siri 2 daripada 7. Diharapkan sudah hafal siri yang pertama . Untuk yang nak hafal terus kesemuanya, boleh rujuk di sini . Update 28.03.2013 Ada kesilapan baris pada poster tadi, Alhamdulillah sudah saya betulkan. Mohon maaf banyak-banyak.

Niat Menuntut Ilmu Imam Al-Haddad Siri 1/7

Image
In sha Allah KKN akan cuba menyediakan tujuh bahagian niat menuntut ilmu Imam Al-Haddad ini, satu per satu, untuk membantu memudahkan kita semua menghafalnya. Niat ini biasa dibaca oleh para Habaib sebelum memulakan majlis-majlis ta'lim.  Untuk artikel berkaitan niat ini. sila rujuk  di sini . Update 28.03.2013 Ada kesilapan baris pada poster semalam, Alhamdulillah sudah saya betulkan. Mohon maaf banyak-banyak.

Tafsir ayat 23-25, surah Ali-Imran, MTDM 15.03.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, KL Sumber Tafsir Al-Quran – Ayat 23-25 Perbahasan ayat 23: Ayat ini menyentuh khusus kepada ahli kitab, iaitu kaum Yahudi dan Injil, yang diturunkan wahyu melalui kitab Taurat dan Injil. Kitab ini juga dikenali sebagai 'Old Testament' dan 'New Testament'. Disebut ‘old’ dan ‘new’ sebagai menunjukkan hakikat yang agama mereka berasal daripada asal yang sama. Cuma beberapa hukum dalam Taurat yang dibatalkan dengan apa yang diturunkan dalam kitab Injil. Bani Israel ialah cucu-cicit kepada Nabi Yaakob yang juga dikenali dengan nama Israail yang bermaksud ‘hamba Allah’. Nama ‘Israail’ ialah nama nabi Yaakob, oleh itu perlu berhati-hati jika ingin menggunakannya. "Tidakkah kamu melihat..." Kenapa Allah guna perkataan ‘Alam tara' yang bermaksud 'tidakkah kamu melihat (mengetahui)?’. Melihat dengan mata merupakan bukt

Al-Fatihah untuk Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty

Image
Sumber artikel:  Persatuan-Ittihad-AN-NUR-Malaysia إنا لله وإنا إليه راجعون Innalillah wa inna ilaihi rajiun.. sebaknya jiwa.. Takziah kepada diri dan umat Islam semua atas pemergian Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty yang terbunuh syahid hari ini ( malam jumaat ) dalam sebuah letupan berani mati di Masjid Al-Imaan ketika sedang menyampaikan kuliah mingguannya di situ. Berita Television Syria melaporkan sedemikian. Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) ber kata pada akhir kalamnya " "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku" Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjara

Tafsir Ayat 20-22, surah Ali-Imran, MTDM 08.03.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid MTDM 08.03.2013 Ulangkaji daripada ayat 19: Ayat sebelum ini (19) yang menyebut bahawa hanya Islam agama yang diredhai di sisi Allah. Perselisihan yang berlaku antara orang berilmu menyebabkan seseorang menyekat berkembangnya ajaran ilmu orang lain. Dia cuma menerima pendapat dirinya sahaja dan menyalahkan pendapat orang lain. Sepatutnya, perbezaan dalam kefahaman ilmu boleh dilihat sebagai satu bentuk keluasan dalam memahami AL-Quran, dan hadis. Sesungguhnya, orang itu telah menyempitkan sifat keluasan yang ada pada sesuatu ilmu. Imam Malik menolak ketika diminta oleh Khalifah Harun Ar-Rashid agar kitab hadisnya iaitu Kitab Al-Muwattak dijadikan sebagai kitab yang wajib diikut oleh seluruh umat Islam. Imam Malik luas pandangannya dan beliau tidak mahu menyempitkan ilmu hadis dengan apa yang terkandung dalam kitabnya sahaja. Katanya, “Sahabat Nabi SAW itu ada di mana-mana, dan ada yang aku tidak berjumpa dengan mer

Solat Kosong (3) – Tanyalah Ustaz 17.03.2013

Image
Ustaz Rohidzir Rais Bacaan ayat 1-11, surah Al-Mukminin: Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa orang beriman yang berjaya ialah: Mereka yang kusyuk dalam solat Mereka yang membayar zakat Mereka yang menjaga kehormatannya Mereka yang menjaga amanah dan janji Mereka yan menjaga solat betul-betul Apakah ganjaran orang berjaya? Allah menyatakan bahawa mereka akan menjadi pewaris syurga Firdaus dan mereka akan kekal di dalamnya. Daripada 5 golongan ini, ada 2 golongan yang berkaitan dengan ibadah solat - yang kusyuk dan yang menjaga solat betul-betul. Oleh sebab itu, akan dibincangkan di sini bagaimana untuk mendapatkan solat yang sempurna dan diterima Allah. Antara sebab solat menjadi kosong ialah: 1. Solat tanpa ilmu Bagaimana mengatasinya? Nabi SAW bersabda yang bermaksud bahawa sekiranya Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang, maka akan diberi kefahaman (faqqih) kepadanya dalam bidang agama. Banyak bezanya antara orang berilmu dan tidak. Oleh s

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Image
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-Qadr: Para isteri, amalkan membaca surah ini dalam solat Isyak, dan baca pada malam hari sebelum bersama suami. In sha Allah akan terasa kelaianan yang baik. Surah ini juga menjadi amalan wanita yang ingin kelihatan awet muda. Dalam menghadapi apa jua masalah, banyakkan bersyukur pada Allah. Isteri takkan dapat mengubah sikap suami yang tidak baik dengan sifat sabar sahaja, isteri perlu membanyakkan sifat bersyukur. Dengan sifat syukur, Allah yang akan membantu mencampakkan hidayah ke hati suami. Bersyukur dengan apa saja kebaikan yang suami berikan, walaupun sekecil mana sekalipun. Senarai soalan dan jawapan S: Bagaimana memikat hati suami yang sedang marah? J: Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”.   Pahala menghidangkan air segelas untuk

Solat Kosong (2) – Tanyalah Ustaz 16.03.2013

Image
Ustaz Rohidzir Rais Bacaan ayat 45, surah Al-Ankabut: Dalam siri ini, kita ingin muhasabah adakah solat kita selama ini diterima Allah 100% atau sebaliknya. Jika contohnya, kita ini malas mencari ilmu, ada kemungkinan solat yang kita lakukan itu kosong atau tiada nilainya di sisi Allah. Dalam satu hadis daripada Abdullah bin Umar, yang bermaksud, “Barangsiapa yang membeli baju dengan harga 10 dirham, dan daripada wang itu terdapat 1 dirham dari sumber haram, maka solatnya tidak akan diterima selama mana dia masih memakai pakaian tersebut”. Kenyataan ini menunjukkan bahawa walaupun perlakuan dan bacaan solat telah sempurna, ianya masih tidak diterima seandainya terdapat unsur haram di dalamnya. Ibadah solat merupakan ibadah yang menghubungkan seseorang terus kepada Tuhan-Nya. Oleh sebab itu, adalah wajib untuk memastikan sumber pendapatan yang diperolehi adalah halal. Kita semua perlu muhasabah diri adakah kita sudah menjalankan tugas di pejabat dengan se

Solat Kosong (1) – Tanyalah Ustaz 15.03.2013

Image
Ustaz Rohidzir Rais Bacaan ayat 142, surah An-Nisa’: Allah menerangkan ciri-ciri solat orang munafiq iaitu: Malas untuk solat Malas ada 2 bentuk – malas untuk menunaikan solat dan juga malas untuk belajar ilmu tentang solat. Saya ada menulis buku dan menganjurkan banyak kursus berkaitan solat dan saya dapati ada banyak persoalan tentang solat yang tak dapat dijawab oleh masyarakat – tak kira yang berumur 10/18/ ataupun 30 tahun. Saya ada membuat sedikit kajian mengapa Nabi SAW menyuruh kita mengajar anak solat pada umur 7 tahun. Kesimpulan yang saya boleh buat ialah, pada ketika itu, kita masih ada masa untuk belajar. Setelah itu, apabila semakin meningkat dewasa, seseroang itu akan semakin sibuk dengan perkara-perkara lain seperti pelajaran, kerjaya, keluarga dan banyak lagi. Solat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang Bila ditanya kenapa solat? Ada yang jawab kerana nak masuk syurga, ada yang jawab kerana takut masuk neraka. Dua-duanya betul tetapi sebab