Posts

Showing posts from September, 2014

"Jangan menghukum isi hati orang lain dan jangan bakhil" - MTDM 12.09.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ِاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12.09.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Beberapa isi penting daripada ulangkaji ayat sebelum ini – ayat 176-178: Kasih sayang Rasulullah ﷺ sangat tinggi kepada kita sehingga baginda sedih dengan kekufuran kaum kafir dan munafiqin Musuh Allah ialah kaum kafir dan munafiqin dan tentera Allah ialah orang mukminun. Orang yang panjang umur dalam kemaksiatan akan menjadi penyebab lebih teruk azab yang akan diterimanya nanti. Bahagian 1 - Tafsir Al-Imran, ayat 179-180. Sumber Rakaman Video Darul Murtadza Ayat 179: “ Allah tidak akan membiarkan orang-orang beriman bercampur dengan orang-orang munafik tanpa dibezakan….” Allah takkan membiarkan orang-orang munafiq yang busuk hatinya bercampur bersama orang beriman yang bersih hatinya. Tak, suata masa identiti sebenar m

Maulid MTDM September 2014 - 05.09.2014

Image
                                                                  بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم  Tausiyah 1: As-Sayyid Muhammad bin Abu Bakar Agil Al Hamid, Mudir Rubat Al-Fatah, Hadramaut, Yemen. Sumber rakaman MTDM Latarbelakang: Beliau banyak mengambil ilmu daripada kota Madinah dan Hadramaut, terutamanya daripada Al-Allamah Habib Zein bin Ibrahim bin Sumait dan masyaikh yang lain. Beliau datang berdakwah, dan sebelum mempunyai madrasah sendiri iaitu Rubat Al-Fatah di Seiyun, Hadramaut, beliau pernah mengajar di madrasah Habib Zein di Madinah. {Ucapan dimulakan dengan pujian kepada Allah, dan selawat kepada Rasulullah ﷺ dan kata-kata aluan.} Dengan majlis Maulid Nabi ﷺ dan berkatnya Rasulullah ﷺ, yakni kalau bukan kerana Rasulullah ﷺ, maka kita tidak tahu bagaimana beribadat kepada Allah SWT, yang mana Rasulullah ﷺ ialah penyatu daripada agama-agama para anbiya sebel

Tentang Hikmah, Nazar dan Doa Qunut - Kuliah Dhuha Muslimat 09.09.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ِاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم  Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang Rakaman MP3 Sumber: Pinterest Bahagian 1: Tafsir Al-Quran nul Kareem surah Al-Baqarah Ayat 269: Dalam ayat ini disebut “ Hikmah ” – apa maksudnya? Kata Sayyidina Ali bin Abi Talib, “ Al Hikmah itu banyak hilang dalam kalangan muslimin. Oleh itu, siapa menjumpainya, hendaklah mengambilnya. ” Hikmah yang dimaksudkan di sini ialah ilmu. Oleh itu, ambillah hikmah, tak kira siapa pun yang mengucapkannya. Kisah: Imam Ghazali dalam perjalanan dari Syam ke Baghdad dan dirompak. Hasil belajar Imam Ghazali ditulis dalam kertas seperti kain guni atau kulit kayu, walhasil, tulisan yang sedikit tapi perlukan kertas yang banyak dan bergulung-gulung. Imam Ghazali berkata, “ Ambillah semua kecuali catitannya. ” Perompak makin tertarik da