Songsang (2) – Tanyalah Ustaz 07.06.2012
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-Qadr, ayat 1-5 yang bermaksud: Ayat ini elok diamalkan untuk melindungi anak daripada gejala songsang, murtad dan yang sewaktu dengannya. Kenapa ayat ini? Ayat ini boleh membawa rahmat kepada orang yang diniatkan. Jadi ibu bapa baca dan hadiahkan pahalanya kepada anak-anak. Biasanya para ulama membaca surah ini pada rakaat kedua solat Isyak. Jadi, jika anak kita berperangai pelik-pelik, bacalah 3x dan tiup pada ubun-ubun anak-anak atau tiup pada bajunya jika dia suka keluar malam. Sambungan perbincangan tentang songsang. Masalah ini semakin ketara di Malaysia dan ada pula golongan yang memperjuangkan hak golongan ini. Jadi kita wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Tuntutlah ilmu kerana Allah kerana akan datang bantuan Allah untuk memahamkan kepada agama. Jika ada golongan LGBT yang menonton, saya menyeru berubahlah. Memang sukar untuk berubah tetapi ianya tidaklah mustahil. Saya teringat satu kisah tentang...