Posts

Showing posts with the label Tuntutan Fardhu Ain Fardhu Kifayah

Tuntutan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah - Tanyalah Ustaz 5 Ramadhan 1433H (25.07.2012)

Image
Ustaz Firdaus Subhi “Tambahkanlah oleh kamu bekalan dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa”. Bacaan surah Ali Imran ayat 110-112: Ayat 110 menceritakan kelebihan umat Muhammad SAW. Sebab ayat ini diturunkan: Ada dua orang Yahudi datang berjumpa Nabi SAW dan mereka mengatakan bahawa agama mereka adalah lebih baik daripada apa yang dibawa Nabi SAW. Orang Islam menjadi sedih lalu Allah turunkan ayat ini. Dalam ayat ini Allah nyatakan umat Nabi SAW adalah terbaik kerana mereka menyeru kepada kebaikan dan mereka beriman kepada Allah. Kenapa Allah dahulukan perkataan berbuat kebaikan sebelum perkataan beriman? Dalam tafsir Al-Munir, disebutkan bahawa Allah ingin menunjukkan kelebihan umat Nabi SAW adalah menyeru kepada kebaikan (berdakwah) dan mencegah kemungkaran. Namun, dalam banyak-banyak kebaikan yang dibawa oleh Islam, yang mana yang wajib dilakukan dahulu? Ulama-ulama usul banyak membincangkan perkara ini dan mereka membahagi hukum syarak kepada dua: hukum taklifi dan wa...