Zikrullah Sumber Bahagia – Mukmin Profesional 14.05.2012
Ustaz Pahrol Mohd. Juoi Alhamdulillah kita dipilih untuk berada dalam kebaikan. Mudah-mudahan dengan kita selalu mendengar sesuatu yang berkaitan ilmu ini, hati kita akan bercahaya. Perbincangan petang ini akan menyambung perbincangan minggu lepas. Minggu lepas telah kita bincangkan bahawa terdapat 2 cara manusia mencari bahagia – dari luar ke dalam, dan dari dalam ke luar. Manusia yang yakin bahawa bahagia itu datang daripada luar memburu harta, rupa, kuasa dan nama. Kita sudah pun membincangkan dan membuktikan bahawa golongan yang memiliki semua ini pada hakikatnya tidak juga mendapat kebahagiaan kerana ramai daripada mereka yang hidup tertekan dan terlibat dengan dadah, arak, masalah rumah tangga sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri. Sumber bahagia yang kedua pula adalah dari dalam ke luar – iaitu bersumberkan hati. Allah SWT telah menegaskan dalam firman-Nya, “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Inilah jawapan kebahagian yang dicari...