Keajaiban Ayatul Kursi – Sisi Pandang Berbeza
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Nouman Ali Khan* Malaysia Tour 2013 Penerangan ustaz NAK akan membuatkan anda lebih menghargai keindahan ayat Allah SWT, InshaAllah. Sila tonton video untuk pemahaman yang lebih baik. Saya sekadar merumuskan berdasarkan pemahaman saya. Ayatul Kursi terbahagi kepada 9 bahagian, dan daripada pecahan ini, perhatikan: [1] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). [9] Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) à Bahagian [1] dan [9] -> kedua-duanya menyatakan 2 nama Allah dalam ayat ini. [2] Yang tidak mengantuk usahkan tidur. [8] dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. à Bahagian [2] menyatakan Allah tak mengantuk atau tidur dan bahagian [8] menyatakan tak menjadi keberatan Allah menj...