Posts

Showing posts with the label Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Taman Syurga #5 - Bercita-cita Mati Dalam Islam & Meminta Husnul Khotimah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعل اله وصحبه وسلم Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid* Taman Syurga #5 (26.03.2015) Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, m/s 17-23 (Edisi 2014). Muqaddimah: Allah سبحانه و تعالى beri kita taufiq dan hidayah untuk berada dalam majlis ilmu untuk memanfaatkan umur yang diberikan oleh Allah, dan semoga hidup kita terbimbing dan terpandu dengan ilmu. Sebelum ini telah dibincangkan ciri-ciri orang yang bertaqwa, dan orang yang mulia di sisi Allah سبحانه و تعالى ialah orang-orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa tidak boleh mengaku dirinya bertaqwa, bahkan tidak berhak untuk seseorang mengatakan, “Saya lebih bertaqwa daripada si fulan.” Hanya Allah yang mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar bertaqwa atau tidak. Apa yang kita lakukan hanyalah asbab, tetapi pengakuan dan pengiktirafan hanya Allah yang berhak memberikan.  Imam Abdullah Al Haddad meneruskan dengan tajuk yang penting, yang mempuny...

Pengenalan Taman Syurga dan Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman

Image
بسم الله الرحمن الرحيم   اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Taman Syurga #1 (05.03.2015) TV AlHijrah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid عن أنس بن مالك رضي الله عنه أنه قال , قال رسول الله صلى الله عليه وسلم , « إذا مَرَرْتُم برِياضِ الجنةِ فارْتَعُوا قالوا وما رياضُ الجنةِ قال حِلَقُ الذِّكْرِ » رواه الترميذي Maksudnya: Anas bin Malik RA berkata bahawa Sabda Rasulullah SAW, "Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti untuk mengambil manfaat dan hasilnya". Para sahabat bertanya, "Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah?". Jawab baginda, "Majlis-majlis zikir (ilmu)." Sedikit ulasan akan diberikan tentang apakah itu taman syurga, perintah menghampirinya dan halaqah zikri. 1. ‘Riyadhul Jannah’ ialah ‘plural’ daripada perkataan ‘raudhatun’ yakni kebun hijau yang dipenuhi pelbagai macam tanaman dan buah-buahan. Kedua, perintah Nabi ﷺ ialah makan da...