Posts

Showing posts from September, 2015

Al-Quran - Wasilah untuk Ingat dan Diingati oleh Allah سبحانه و تعالى - Maulid MTDM Sept. 2015

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza Maulid Bulanan Sept. 2015 Tausiyah 1: Syeikh Abdul Rahman Al-Fattani* (dari Pattani, Thailand) Tidak ingin beri nasihat tapi hadir untuk ambil barakah bersama keluarga, dan biasa mengikuti melalui YouTube. Semoga kita sama-sama hadir untuk dengar ilmu dan beramal dengannya. Mohon doakan kami dapat berdakwah di Pattani. Tausiyah 2: Habib Abu Bakar bin Salim bin Aqi*l (dari Makkah) Terjemahan oleh Ustaz Ahmad bin Shahdan Rakaman Majlis Ta'lim Darul Murtadza: https://youtu.be/nTiVvF3ciqs //Pembukaan dengan pujian-pujian kepada Allah, selawat dan salam dan Rasulullah ﷺ, alu-aluan sohibul majlis Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan Habib Ali As-Saqqaf, para asatizah dan hadirin. Tidak syak dan ragu-ragu ketika kita berada dalam majlis ini, kita bersama Rasulullah ﷺ dengan penuh ketenangan dan kasih-sayang. Rasulullah ﷺ m

Tahan Marah, Maafkan dan Berbuat Ehsan - MTDM 21.08.2015 (Bah. 2 & 3)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin  Bab Tentang Santun, Sabar dan Ramah-Tamah, m/s 326 Hadis 1-5 Hadis-hadis ini bercerita tentang kesantunan, tenang dan tidak tergesa-gesa atau gopoh. Dan ini adalah sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang. Seseorang takkan sampai kepada tahap kesantunan kecuali mampu mengawal emosi dan marahnya Firman Allah, “Orang-orang yang menahan marah, dan memaafkan orang lain, berbuat ehsan pada orang yang menzalimi kamu. Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang berlaku ehsan.” Dalam ayat ini diletakkan menahan marah dahulu, kerana orang yang tak mampu tahan marah takkan mampu untuk memaafkan. Bila sudah mampu menahan marah, Allah ajak naik tinggi sikit dengan memaafkan orang lain. Bila sudah mampu memaafkan, Allah سبحانه و تعالى menawarkan naik lagi ia

Tujuan Sebenar Jihad - MTDM 21 Ogos 2015 (Bah. 1)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid* Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa, ayat 75-76: Ayat 75: Ayat masih mempunyai rentetan dengan ayat minggu-minggu yang lalu. Seperti yang telah dibahaskan, jihad tujuannya ialah untuk menyelamatkan agama, untuk memberi ruang orang beribadah tanpa gangguan, dan menghalang orang luar yang menghalang orang Islam beribadah, atau menghalang orang yang menghalang daripada tersebarnya agama Islam. JIhad bukan bertujuan membunuh. Berapa ramai kaum Yahudi yang dibenarkan hidup dengan aman di bawah pemerintahan Islam, dan keamanan itu tidak pun mereka perolehi daripada pemimpim mereka sendiri. Dalam ayat ini Allah سبحانه و تعالى bertanya kenapa kamu tidak mahu berperang untuk menyelamatkan kaum yang lemah, yakni wanita, kanak-kanak, orang tua. Kefardhuan jihad adalah kepada lelaki sahaja. JIhad untuk pe

Permudahkan dan Berlemah-lembut - MTDM 28.08.2015 (Bah. 2 & 3 Hadis dan Sirah)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid* Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin Bab Tentang Santun, Sabar dan Ramah-Tamah, m/s 328 Hadis 6-11 Bab berlemah-lembut, tidak kasar baik melalui perkataan atau perbuatan. Antara konsep yang diambil baginda Rasulullah ﷺ ialah suka mengambil yang mudah selagi yang mudah itu tidak bercanggah dengan agama. Baginda melarang seseorang mengambil yang susah sedangkan ada pilihan yang mudah. Salah seorang isteri baginda, Saidatuna Zainab solat dengan bergantung pada tali kerana tidak mampu berdiri lama. Setelah Nabi ﷺ memgetahuinya, baginda menuuruh lepaskan tali dan solat duduk. Ini adalah mengambil yang mudah tapi bukan memudah-mudahkan. “Allah berkehendak untuk kamu kemudahan dan Allah tidak mahu menjadikan kesulitan kepada kamu.” Allah pun inginkan kemuda

Konsep Sebenar Jihad - MTDM 28 Ogos 2015 (Bah. 1 - Tafsir)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid*  Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa, ayat 77-78 Ayat 77:   Ayat ini menjelaskan bahawa konsep jihad bukan semangat untuk menuntut hak seseorang yang dizalimi. Ayat ini mengingatkan sahabat Nabi ﷺ yang tertindas, tertekan, dipenjara, disakiti bahkan ada sehingga yang terbunuh semata-mata kerana mereka beriman,  mereka datang minta izin daripada Rasulullah ﷺ untuk mengangkat senjata untuk berperang. Kata mereka, “Kita disakiti, dizalimi..”. Tapi Allah سبحانه و تعالى turunkan ayat ini : “..Tahanlah tangan kamu..” Yakni jangan angkat senjata selagi ada semangat selain daripada untuk menegakkan kalimah tauhid kepada Allah سبحانه و تعالى, iaitu jangan berjihad kerana sifat asobiyyah (semangat berpuak), memihak kepada bangsa, kabilah atau keturunan atau kerana ingin menuntut hak mereka yang di