Posts

Showing posts from August, 2015

Maulid Pembukaan MTDM 07082015 - Dakwah Dengan Kasih-Sayang & Keselamatan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza - Maulid Pembukaan 07082015 Tausiyah 1: Syeikh Ismail  Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al-Jauhari //Maaf, untuk tausiyah ini, kebanyakannya ringkasan sahaja kerana rakaman asal hilang dan juga tiada di Youtube MTDM untuk rujukan.  //Ucapan pembukaan Nama saya Ismail dari China, dan inilah sebuah peluang yang baik untuk kita semua الحمد لله رب العلمي, ini adalah sebuah peluang menghadiri majlis yang penuh mahabbah untuk berkenalan. Dulu di Tarim saya berkesempatan menghadiri majlis sebegini di Tarim bersama Habib Umar bin Hafiz. Saya juga الحمد لله رب العلمين, sempat belajari di bumi Damascus dan sempat belajar dengan ayahanda Syeikh Muhammad Soleh bin Abdul Latif Al-Hassani - dan sempat duduk dalam majlis seperti ini. Tahniah buat rakyat Malaysia yang dapat duduk dalam majlis sebegini, yang keadaan kami sangat berbeza di China. Nega

Tafsir Surah Mariam 51-158: Kisah Anbiya dan Gunung

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Tafsir surah Maryam ayat 51-58 oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid*  Masjid Darul Ehsan, 19.08.2015 Ayat 51: Kisah yang paling banyak kali diceritakan dalam Al-Quran ialah kisah Nabi Musa عليه السلام, cuma kisah Nabi Yusuf عليه السلام yang diceritakan sekaligus dari mula hingga akhirnya dalam satu surah iaitu surah Yusuf. Nabi ﷺ juga banyak memberi perumpamaan yang menyentuh tentang ketabahan dan kesabaran dan kegigihan berdakwah Nabi Musa عليه السلام. Dalam hadis Nabi ﷺ ada menyebut, “Kalau Nabi Musa hidup di zamanku, maka tiada ruang baginya kecuali ikut kepadaku.” Dalam hadis lain, baginda menyebut, “Semoga Allah merahmati Nabi Musa, sesugguhnya Nabi Musa diduga oleh Allah dengan dugaan yang lebih berat daripada aku tapi dia bersabar.” Ketika Isark dan Mikraj pun, Rasulullah ﷺ pun bertemu Nabi Musa عليه السلام. Ketika dalam perjalanan di bumi menuj