Posts

Showing posts with the label Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz

Apa Ada Pada Nama (3) – Tanyalah Ustaz 30.12.2012

Image
Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz Sumber grafik Bacaan ayat 11-12, Surah Al-Hujurat: Dalam ayat ini Allah melarang kita daripada memberi gelaran yang buruk kepada satu sama lain. Nama merupakan perkara yang penting kerana setelah Adam dicipta, perkara pertama yang dilakukan ialah Allah memperkenalkan dirinya-Nya kepada Adam melalui nama-nama-Nya seperti dalam Asma’ul Husna. Sambungan daripada perbincangan semalam : Perkara yang perlu dielakkan ketika memberi nama: Nama yang menunjukkan penghambaan kepada selain Allah. Memberi nama seperti nama Allah (tanpa menggandingkan perkataan ‘Abdu). Nama yang mempunyai tidak mempunyai makna atau makna yang buruk (tidak kisah dalam bahasa apa). Nama orang yang Allah cela seperti Firaun atau nama-nama binatang. Nama yang terlalu memuji diri sendiri. Nabi SAW pernah menukar nama Zainab yang bermaksud satu tanaman yang sangat harum baunya, daripada nama asalnya iaitu ‘Barrah’ yang bermaksud ...

Apa Ada Pada Nama? (2) – Tanyalah Ustaz 29.12.2012

Image
Ustaz Mohd Gunawan Che Ab. Aziz Sumber asal gambar hiasan Bacaan surah Mariam, ayat 1-7: Nama merupakan perkara yang penting dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk diberikan kepada anak. Semalam telah dibincangkan kepentingan nama. Hari ini akan dibincang lanjut kesan daripada nama yang diberi. Nama yang diberikan bukan sekadar untuk kehidupan di dunia, bahkan akan dibawa sehingga ke akhirat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraiarah ra , Nabi SAW bersabda,  “Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan nama kamu di  akhirat nanti”. Pada nama terdapat fungsi doa. Dalam banyak kisah, Nabi SAW mengubah nama ramai sahabat kepada nama yang mempunyai makna yang lebih baik. Contohnya seorang sahabiah bernama ‘Asiyah yang bermaksud orang yang derhaka. Nabi SAW menukarkannya kepada Jamilah. Pada nama juga terdapat keberkatan daripada orang yang dinasabkan nama itu. Oleh sebab itu, umat Islam sangat digalakkan menggunakan nama Muhammad...