Posts

Showing posts with the label Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered

Kuliah Maghrib dengan Abuya Sayyid Ahmad bin Muhammad Alawi Al Maliki

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الحمد لله رب العلمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Abuya Sayyid Ahmad bin Muhamad Alawi Al Maliki Terjemahan oleh Habib Najmuddin Othman Al Khered Kuliah Maghrib Masjid Darul Ehsan, 23 Julai 2015 Rakaman Video:  http://livestre.am/59ISc Dimulakan oleh Habib Ahmad bin Muhamad Al Maliki dengan pujian kepada Allah, Selawat, dan kesyukuran kepada Allah سبحانه و تعالى. Mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى mengumpulkan kita dalam kebaikan dan diberikan bentangan daripada ilmu dan kebaikan-kebaikan daripada Allah سبحانه و تعالى. Kita adalah hamba kepada Allah سبحانه و تعالى dan hamba itu sentiasa di bawah naungan Allah سبحانه و تعالى. Yang mana melihat kepada waktu - ada waktu untuk menunaikan kefardhuan, ada waktu menunaikan yang sunnah, dan ada waktu menunaikan kebaikan-kebaikan yang ianya membawa kepada kebaikan. Adapun daripada amalan soleh itu biasanya manusia merasakan dialah yang melaku...

Cahaya Atas Cahaya - Nasihat Habib Umar bin Zein bin Sumait

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Sinaran Cahaya Atas Cahaya Kompleks HAK Amanah Khairat Sungai Pench20.06.2015: 1. Gandakan semangat, tambahkan lagi, sesungguhnya umur kita ini pendek dan mendekati kematian. Sesungguhnya malam Ramadhan itu akan cepat berlalu . Usahakan untuk khatam Al-Quran. Diriwayatkan Imam Syafie khatam Al-Quran 2x atau 4x pada siang, dan malamnya. Inilah cara orang yang Al-Quran sudah menjadi darah daging mereka. 2. Qaul muktamad para ulama daripada mazhab yang 4, dan juga yang diamalkan para salaf sebelum dan setelahnya, yang diamalkan pada zaman Rasulullah ﷺ, pada zaman Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, dan para sahabat ialah 20 rakaat, Maka, j agalah daripada solat terawih dan hadirkan hatimu semasa mengerjakannya.   3. Dahulukan solat dengan bersiwak. Bagaimana ingin menjadi seorang penuntut ilmu jika kamu tak bawa siwak? Itu bukan penuntut ilmu tapi penu...

Sifat Tawadhuk & Beriman Kepada Rasul - MTDM 20.03.2015 (Bhgn. 2&3)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 20.03.2015 Habib Naqjmudin Othman Al-Khered Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin Bab 71: Tawadhuk dan Merendah Diri Sesama Mukmin Hadis 3:   Tawadhuk itu adalah apabila kamu mulia, tapi kamu tak merasa dirimu mulia di hadapan orang lain, dan tidak pula menuntut untuk dimuliakan. Kalau begitu, tiada contoh insan yang lebih tawadhuk dari Nabi ﷺ. Bahkan kedudukan Nabi ﷺ  itu jelas kemuliannya, tetapi baginda tak mahu dimuliakan, dan baginda tidak merasa hina dengan melakukan perkara yang biasa yang juga dilakukan oleh orang biasa. Sayyidina Anas bin Malik berkhidmat dengan Rasulullah ﷺ tetapi baginda tak pernah cakap 'uff' padanya. Nabi ﷺ  tak cakap begitu walau kepada khadamnya. Kalimat ‘uff’ ialah kalimat paling halus untuk menyinggung. Baginda tak persoalkan jika Anas buat silap. Bahkan Anas sendiri rasa tak pasti siapa yang berkhidmat...

Saksi amal kita, larangan minum arak - MTDM 20.03.2015 (Bhgn. 1)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 20.03.2015 Habib Naqjmudin Othman Al-Khered Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 41-43 Ayat 41:   Siapa saksi yang dimaksudkan? Para Rasul kepada umat masing-masing. Mereka akan menjadi saksi kekufuran setiap umat mereka. Diriwayatkan oleh Sayyidina Abdullah bin Mas'ud, dia minta diperdengarkan Al-Quran oleh baginda Rasulullah ﷺ. Abdullah pun berkata, "Bagaimana boleh aku membaca kepadamu sedangkan Al-Quran itu diturunkan kpdmu." Jawapan itu bukan menunjukkan keingkaran tetapi menunjukkan tawadhuknya beliau. Dari sini menjadi sunnah juga untuk mendengar bacaan Al-Quran. Oleh sebab itu dengan teknologi hari ini, kita juga boleh mendengar bacaan Al-Quran daripada kaset/CD/rakaman. Nabi saw juga suka mendengar bacaan Al-Quran Abu Ayyub Al-Ashaari kerana suaranya yang merdu. Sayyidina Abdullah pun membacakan surah An-Nisa sehingga sampai ...

Maulid Akbar MTDM 1436H (Bhgn 1) - ‘Tiada alasan untuk tidak membela Rasulullah ﷺ selagi mata mampu berkelip’

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد   وعلى آله وصحبه وسلم وعلى آله وصحبه وسلم Tausiyah 1 - Habib Naqjmudin bin Othman al-Khered* //Dimulakan dengan kata-kata pujian dan syukur Majlis seumpama ini ialah majlis di mana apabila orang berdoa di dalamnya, pasti akan dikabulkan oleh Allah SWT. Bahkan doa yang sangat dianjurkan ialah: اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ .   Kenapa? Warid dalam hadis riwayat Muslim tentang malaikat yang berlegar di atas muka bumi mencari majlis zikir untuk duduk bersama, dan setelah selesai melaporkan kepada Allah SWT dan memberitahu akan permintaan orang yang meminta syurga Allah dan dillindungi dari neraka Allah, yang akhirnya Allah Ta'ala menjanjikan keampunan kepada orang yang hadir dalam majlis seperti ini. Moga-moga kita diampunkan Allah SWT dan diqabulkan segala permintaan kita. M...