Maulid Akbar MTDM 1436H (Bhgn 1) - ‘Tiada alasan untuk tidak membela Rasulullah ﷺ selagi mata mampu berkelip’
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم وعلى آله وصحبه وسلم
Tausiyah 1 - Habib Naqjmudin bin Othman al-Khered*
//Dimulakan dengan kata-kata pujian dan
syukur
Majlis seumpama ini
ialah majlis di mana apabila orang berdoa di dalamnya, pasti akan dikabulkan
oleh Allah SWT. Bahkan doa yang sangat dianjurkan ialah:
اَللَّهُمَّ إِنَّا
نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ
وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ
بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ
وَالنَّـارِ.
Kenapa? Warid dalam
hadis riwayat Muslim tentang malaikat yang berlegar di atas muka bumi mencari
majlis zikir untuk duduk bersama, dan setelah selesai melaporkan kepada Allah
SWT dan memberitahu akan permintaan orang yang meminta syurga Allah dan
dillindungi dari neraka Allah, yang akhirnya Allah Ta'ala menjanjikan keampunan
kepada orang yang hadir dalam majlis seperti ini. Moga-moga kita diampunkan
Allah SWT dan diqabulkan segala permintaan kita.
Majlis seperti ini
adalah cara untuk doa kita cepat sampai kepada Allah Ta'ala – kalau kita di
dunia ini ada pos – yang biasa mengambil masa 3 hari, kalau lagi jauh, lagi
lama, dan ada namanya poslaju yang akan sampai dengan kadar segera. Maka,
disebutkan bahawa majlis ini ialah di mana doa kita disampaikan laju oleh para
malaikat, kerana nanti langsung dilaporkan ketika majlis berakhir oleh para
malaikat kepada Allah SWT apa yang kita lakukan dan doa yang kita minta.
Mudah-mudahan Allah Ta'ala memberikan kita istiqamah untuk hadir majlis seperti
ini dan majlis-majlis ilmu untuk membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT dan Rasulullah
ﷺ.
Tema yang diambil cukup cantik, dalam ikrar dan pengakuan kita bahawa kita ini umat Nabi Muhammad
ﷺ - selalu dan ingin sentiasa bersama baginda Rasulullah ﷺ. Hakikatnya, baginda
Rasulullah ﷺ sentiasa bersama kita. Kalau diibaratkan hubungan ini umpama tali,
berapa banyak agaknya tali yang dipegang Rasulullah ﷺ untuk memegang setiap
umatnya yang menyambung hubungan dengan baginda? Biar banyak mana sekalipun
tali dan beban yang akan ditanggung oleh baginda, baginda sekali-kali takkan
melepaskannya kecuali di kalangan umatnya yang melepaskan tali itu.
Mungkin ada tali umatnya yang sudah kendur akibat tidak berselawat kepada Nabi ﷺ, sudah jauh daripada sunnah baginda, atau bermaksiat. Kendurnya tali itu dirasa oleh Rasulullah ﷺ. Ada tali yang kemas ikatannya, bahkan ada yang semakin pendek mendekati baginda dan terus ditarik baginda oleh kerana banyaknya berselawat kepada Rasulullah ﷺ, membina sunnah Nabi ﷺ dalam kehidupannya, berakhlak dengan akhlak Rasulullah ﷺ. Nabi ﷺ mengatakan, “Sedekat-dekat seseorang denganku di akhirat nanti ialah yang paling banyak berselawat kepadaku.” Yang akan memberatkan timbangan di mizan ialah akhlak yang baik – kata Rasulullah ﷺ, dan semakin dkt dengan Rasulullah ﷺ.
Mungkin ada tali umatnya yang sudah kendur akibat tidak berselawat kepada Nabi ﷺ, sudah jauh daripada sunnah baginda, atau bermaksiat. Kendurnya tali itu dirasa oleh Rasulullah ﷺ. Ada tali yang kemas ikatannya, bahkan ada yang semakin pendek mendekati baginda dan terus ditarik baginda oleh kerana banyaknya berselawat kepada Rasulullah ﷺ, membina sunnah Nabi ﷺ dalam kehidupannya, berakhlak dengan akhlak Rasulullah ﷺ. Nabi ﷺ mengatakan, “Sedekat-dekat seseorang denganku di akhirat nanti ialah yang paling banyak berselawat kepadaku.” Yang akan memberatkan timbangan di mizan ialah akhlak yang baik – kata Rasulullah ﷺ, dan semakin dkt dengan Rasulullah ﷺ.
‘Check’ tali hubungan
kita dengan Rasulullah ﷺ - adakah kendur atau sedang-sedang saja atau semakin
dekat dengan Nabi ﷺ? Ianya terpulang kepada kita yang memegangnya di hujung ini
dan yakinlah yang Rasulullah ﷺ takkan melepasnya tali pegangan di hujung
sebelah baginda.
Hadirin-hadiran yang
dirahmati Allah SWT, sebab itulah bila Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”
(Surah Al-Ahzab: 56).
Allah SWT memulakan
untuk berselawat kepada Nabi ﷺ dan memerintahkan makhluknya yang mulia iaitu
para malaikat untuk turut berselawat kepada Rasulullah ﷺ, dan kemudian
memerintahkan kita orang-orang beriman untuk berselawat kepada Rasulullah ﷺ,
dalam membina hubungan dengan baginda Rasulullah ﷺ. Antara kewajipan kita –
solat iaitu hubungan kita dengan Allah SWT dan kita dituntut untuk
menyempurnakan rukunnya dan diperindahkan dengan sunnah-sunnahnya. Namun,
intipati solat ialah kusyuk atau hadir hati ketika solat. Apabila dibincangkan
bagaimana mendapatkan kusyuk, biasanya yang akan diterangkan kepada kita adalah
dengan mengetahui apa yang kita lakukan, dan baca dalam solat. Maka kita pun
belajar pengertian-pengertian dari gerakan-gerakan solat dan bacaan rukun surah
Fatihah. Tetapi kurang dan jarang kita dapati orang memerhatikan rukun qauliyah
di antaranya tahiyat akhir, yang di sana ada satu ikatan yang Allah ingin untuk
kita jalin kepada kekasih-Nya baginda Rasulullah ﷺ dengan ucapan:
السلام عليك
أيها النبي ورحمة
الله وبركاته
Berapa ramai orang
menghayati ketika solatnya itu benar membina hubungan dirinya dengan Allah?
Tetapi Allah Ta'ala suruh kita menyampaikan salam ketika menjalin hubungan
dengan Allah Ta'ala, kepada baginda Rasulullah ﷺ. Bukan dengan salam yang mengatakan
‘kepada dia’ tetapi ‘kepada Engkau, kamu’ yang seolah-olah kita mesti merasakan
hati bersamanya. Ada tak agaknya ketika kita mengucapkan salam, dalam setiap
solat kita, kita yakin, percaya Nabi mendengar dan menjawab salam kita?
Ukurannya ialah kita,
bagaimana hubungan kita dengan Rasulullah ﷺ. Sebab itulah para sahabat yang
cukup kuat hubungannya dengan Rasulullah ﷺ, luar biasa hubungannya, cinta
kepada Nabi ﷺ yang tiada tolok-bandigan. Kenapa? Tali yang dipegang kukuh dan
sentiasa berusaha untuk menarik dan mendekati kepada Rasulullah ﷺ. Maka,
lahirlah daripada para sahabat, antaranya ialah Zubbair Al Awwam, yang tak rela
mendengar berita kononnya Nabi ﷺ
dibunuh, lalu terus mengunus pedang tanpa sempat memakai pakaian sehingga
digelar orang pertama yang menghunus
pedang untuk membela kepada Rasulullah ﷺ.
Lahirlah para sahabat
yang cukup kukuh kecintaan kepada Nabi ﷺ seperti Bilal bin Rabah, yang tak
sanggup tinggal di kota Madinah setelah baginda wafat. Dia ‘pencen’ dari tugas
muazzin, bukan tak mahu ganjaran besar yang ditawarkan Allah SWT, akan tetapi
kerinduan dan kecintaannya kepada Nabi ﷺ sampai meresap ke dalam jiwa
raganya. Dan dibuktikan ketika dia pulang ke kota Madinah dan diminta untuk
melaungkan azan oleh Sayyidina Hassan dan Hussin yang dia tak mampu menolaknya.
Ketika melaungkan azan, bukan hanya Bilal, bahkan seluruh penduduk Madinah
keluar dalam keadaan kebingungan, sehingga mengalirkan air mata kerana mengingat
kepada zaman Rasulullah ﷺ, sehingga mereka mengatakan, “Adakah Nabi ﷺ telah
hidup kembali?” Dan ketika mengucapkan: وأشهد أنّ محمدا عبده ورسوله. Maka, ketika itu
pengsanlah Bilal bin Rabah, tak dapat menahan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ini
semua adalah cinta dan kebersamaan mereka bersama Rasulullah ﷺ.
Saya ingin tutup dan
InshaAllah selepas ini kita akan dapat banyak lagi daripada guru-guru kita.
Daripada seorang sahabat bernama Saad bin Rabi', yang disaudarakan oleh
Rasulullah ﷺ kepada Sayyidina Abd Rahman bin Auf. Pengorbanannya telah terbukti
sejak dipersaudarakan dengan Sayyidina Abdul Rahman bin ‘Auf lagi kerana dia
sanggup memberi separuh hartanya, bahkan sanggup memberi isterinya, walaupun ditolak.
Dalam perang Uhud, dia
mempertahankan Rasulullah dan cedera parah. Ketika berkumpul kaum muslimin
selepas Perang itu, Nabi ﷺ memeriksa setiap orang dan mendapati Saad bin Rabi'
tidak bersama mereka. Maka, Nabi mengatakan, “Siapa di antara kamu yang ingin
mengambil tahu keadaan Saad bin Rabi'?” Seorang Ansar mengatakan, “Aku, Ya
Rasulullah ﷺ.” Maka dia pergi ke tempat-tempat syuhada dan menjumpai Saad bin
Rabi' dalam keadaan yang sangat parah. Di penghujung nyawanya, dia berpesan,
“Sampaikan salamku kepada Rasulullah ﷺ dan katakan semoga Allah memberi
ganjaran kepada Engkau wahai Rasulullah ﷺ, sebesar-besar ganjaran, dan
sampaikan kepada kaum bahwa ‘Tiada alasan apapun untuk tidak membela kepada Rasulullah
ﷺ selagi matanya mampu berkelip’.
Kita bukan hanya mampu
menggerakkan kelompak mata kita, bahkan dengan jasad kita yang sempurna ini, sejauh mana kita
membela kepada Rasulullah ﷺ? Terbela tak sunnah Nabi ﷺ? Terbela tak akhlak Nabi
ﷺ yang kita contohi? Bagaimana keadaan
kehidupan rumahtanggan kita? Bagaimana keadaan persahabatan kita? Bagaimana
hubungan kita sesama manusia dan mahkluk? Bagaimana hubungan kita dengan Allah?
Terbelakah? Ini soalan yang perlu kita bawa balik sebagai renungan dari majlis
ini.
//Ucapan penutup - mohon maaf dan doa.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini
bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma
ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca
menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon
maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan,
masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam.