Ustaz Rujhan Mohamed Razali Alhamdulillah, kita diizinkan-Nya untuk masih lagi bernafas, dan lebih utama lagi kita perlu bersyukur kerana dipertemukan dalam majlis ilmu. Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 1-5: Islam merupakan agama wahyu, dan merangkumi seluruh pelusuk kehidupan. Dalam Islam, hanya ada 2 perayaan – Eidul Fitri dan Eidul Adha. Selain daripada itu dinamakan memperingati contohnya Maulidur Rasul. Antara 2 perayaan ini, Eidul Adha yang lebih utama. Namun, kita di Malaysia lebih mengutamakan Eidul Fitri pula. Dalam Islam, Eidul Fitri cumalah sehari. Meraikan perayaan bukan bermakna berpesta, tetapi lebih kepada bersyukur kepada Allah. Kita perlu ingat, Allah tidak pernah memberi lessen kepada kita untuk melakukan kemungkaran seperti pergaulan bebas, pembaziran, makan berlebihan dan sebagainya pada hari raya. Sebagai seorang mukmin, kita pelu mencari petunjuk cara meraikan hari raya di dalam Al-Quran. Cara meraikannya dimulakan dengan rasa ...